Semak Tarikh dan Senarai Bantuan Yang Akan Diagihkan Disember Ini

Spread the love

AVvXsEhWHgqZJBEn9vnfKwjl bvtpm6f0t tScdG241kdWowjFyFIntdaxEUxwYVAlwq2iwfS5ktN1vhj GnJnQHJCdPyCAAfEb GYDQkO8VhGCbQKcnyTXZ0Ota2i9dLRkxnAE7L5Ug3v9gj9ktPF ghGdYzk8guuydSUj9e7VldXhahQHpBID AwW5HI1n=s16000

Untuk pengetahuan anda semua, pelbagai jenis bantuan telah dan akan
disalurkan sehingga penghujung tahun 2021 dan bulan Disember adalah bulan
terakhir dimana pelbagai jenis bantuan akan dibayar.



Berikut kami kongsikan senarai bantuan yang akan diterima pada bulan
Disember ini berserta maklumat berkaitan bantuan tersebut.

SENARAI BANTUAN BULAN DISEMBER

1. i-Citra RM1,000

KWSP sudah mengesahkan bahawa
pembayaran i-Citra akan dikreditkan pada 1 Disember 2021. Ini adalah bayaran
terakhir selepas 5 bulan ia dilaksanakan.

2. Bantuan Khas C19 (BKC) Fasa 3

Seperti yang diketahui umum, pembayaran BKC akan melibatkan 3 fasa dan
bulan Disember adalah fasa terakhir pembayaran BKC.

Setakat ini tiada tarikh rasmi bilakah bayaran akan dikreditkan namun apa
yang pasti ia akan dikreditkan selewat-lewatnya pada penghujung
Disember.

Jumlah bayaran yang akan diberikan pada BKC Fasa 3 ini adalah sebanyak
RM300.

3. Bantuan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Bantuan JKM adalah bantuan yang diberikan setiap bulan kepada mereka yang
layak dan bayaran bantuan bagi bulan Disember telah diawalkan pada 25 – 30
November 2021.

Pihak JKM juga ada menyatakan bahawa bayaran bantuan bagi bulan Januari
akan mula disalurkan pada 1 – 10 Januari 2022.

4. Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

BMT merupakan bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada pekebun kecil
getah di seluruh negara yang bertujuan untuk membantu pekebun kecil getak
yang kekurangan hasil akibat musim tengkujuh.

Jumlah bantuan yang akan disalurkan adalah berjumlah RM600 dan akan dibayar
dalam 2 fasa iaitu:
  • Bulan November: RM300
  • Bulan Disember: RM300