Semak Tarikh Pembayaran i-Citra DIsember 2021

AVvXsEhDbKMKS1tne1WO8gZmsGqn00ZJmNWrjKFBKfdxpS1AdkyFAYu88k RPd0Og0rLfrhrQBCrRhfRIAzxar RrOyNzOKWpkkfbUgptsSQykWOlR pabv1Iujo04 vXdZsJQNOD

Memandangkan bulan Disember sudah hampir tiba, pasti ramai yang
tertanya-tanya bilakah tarikh bayaran i-Citra bulan keempat akan
dikreditkan ke akaun masing-masing. Sama seperti i-Sinar, bayaran akan
diterima mengikut kategori permohonan dan tarikh kelulusan
masing-masing.



Oleh itu, kami dari Blog Rojak akan berkongsi kepada anda semakan status
dan jadual pembayaran bagi bulan september dan bulan-bulan seterusnya.

TARIKH PEMBAYARAN i-Citra DISEMBER

Sehingga kini, pihak KWSP masih belum mengumumkan tarikh kemasukan i-Citra
Disember. Akan tetapi, jika dilihat seperti bulan-bulan sebelum ini, jika
pada bulan November tarikh pembayaran i-Citra jatuh pada tanggal 1 November,
maka pembayaran untuk bulan Disember juga akan jatuh pada tanggal 1 Disember
nanti. Pengkreditan amaun ke bank ahli akan mengambil tempoh masa 1 – 3 hari
bekerja dan bergantung kepada prosedur bank.

Namun begitu, daripada maklumat yang diterima melalui laman sosial
Facebook, ramai penerima sudah menerima bayaran i-Citra Disember.

AVvXsEjPyDRho9ETNgDmqvu6yMbRyB PLhikJwsstF abw9BoemuKY lonVbv51A5sn2axmh5LA8fbLDJNm03 YIjkTLn CXwdtVq03KNu9Qkl5BAYbILC

JADUAL BULANAN PEMBAYARAN i-Citra

Seperti i-Sinar, pembayaran i-Citra juga adalah seperti berikut:
  • Tarikh pembayaran bulan pertama akan sama dengan tarikh pembayaran
    bulan kedua dan seterusnya.
  • Contohnya jika bayaran pertama bermula pada 2 Ogos 2021, bayaran kedua
    berkemungkinan akan jatuh pada 2 September 2021, begitu juga dengan
    bulan-bulan berikutnya jika jatuh pada hari bekerja.
  • Jika lambat, bayaran akan dikreditkan dalam tempoh maksimum 2 minggu
    atau sebelum akhir bulan berkenaan.
  • Menurut pegawai KWSP, pemohon boleh membuat semakan status untuk info
    lanjut dan maklumat terkini tentang pembayaran.

CARA MELAKUKAN SEMAKAN STATUS i-Citra

Semakan i-Citra boleh dibuat melalui dua kaedah iaitu melalui laman web
i-Citra atau i-Akaun.

Untuk membuat semakan melalui laman web i-Citra:
  • Buka laman web i-Citra KWSP di
    https://icitra.kwsp.gov.my/
  • Klik pada butang SEMAK STATUS
  • Isikan maklumat yang diminta
  • Status permohonan dan maklumat pembayaran akan dipaparkan
Untuk membuat semakan pembayaran melalui i-Akaun:
  • Buka aplikasi i-Akaun di
    https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
  • Log masuk menggunakan ID dan Kata laluan yang telah didaftarkan
  • Kemudian semak bahagian PENGELUARAN / WITHDRAWAL
  • Klik pada WITHDRAWAL HISTORY
  • Seterusnya klik pada paparan yang ada bertulis i-Citra
  • Tarikh bayaran akan dipaparkan seperti contoh di bawah

tarikh%2Bicitra%2B2

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan berkaitan i-Citra, anda boleh menghubungi Hotline
i-Citra di 03-8922 4848 atau ELYA Live Chat melalui pautan
https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/connect-with-us

Untuk info terkini melalui media sosial, anda boleh melayari
Facebook rasmi KWSP.