Semakan MyKasih 2025 : Cek Status Penerima Layak Atau Tidak (RM600 & RM900 & RM2,100)

Semakan MyKasih 2025 : Cek Status Penerima Layak Atau Tidak Bantuan Berjumlah (RM600 & RM900 & RM2,100)

Kerajaan menyediakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai bantuan tambahan bagi memastikan keperluan asas harian golongan yang memerlukan terus terjamin melalui pemberian dalam bentuk barangan keperluan asas, sekali gus mengurangkan beban kos sara hidup yang dihadapi dan Semakan Kelayakan penerima MyKasih 2025 kini boleh dilakukan secara online.

Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima mykasih 2025? Ikuti Info lanjut disini.

Baca Juga: Jawatan Kosong Malaysia Airports: Gaji Bermula RM1,700 Sehingga RM8,600

Syarat Layak Bantuan MyKasih 2025

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
    • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
    • Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  3. Berstatus Bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
    • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025.
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

Semakan Bantuan MyKasih 2025

Semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih; atau
  • Portal Rasmi MySTR

Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  8. Selesai.

Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  3. Seterusnya, Klik [Semak Status]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
  5. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  6. Klik pada ruangan [Semakan Status]
  7. Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Semakan Permohonan
    • Maklumat Pembayaran
  8. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  9. Selesai.

Cara Agihan Bantuan MyKasih 2025

Pengkreditan bantuan adalah secara TANPA TUNAI melalui MyKad (IC) penerima untuk pembelian barangan keperluan di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad di seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Tempoh Agihan Bantuan MyKasih 2025

Pengagihan bantuan SARA seperti berikut:

  • Penerima Bantuan STR & BERSTATUS eKasih:
    • Pembayaran secara bulanan Bermula JANUARI sehingga DISEMBER (Selama 12 Bulan)
  • Penerima Bantuan STR (BUKAN eKasih):
    • Pembayaran secara bulanan Bermula APRIL sehingga DISEMBER (Selama 9 Bulan)

Kategori Barangan Asas MyKasih 2025

Barangan Keperluan Asas (SARA) MyKasih 2025 seperti berikut:

KATEGORI BARANGAN KEPERLUAN ASASCONTOH PASARAYA
Beras, Roti, Telur, Minyak Masak, Tepung, Biskut, Mi Segera, Minuman, Makanan Dalam Tin, Bahan Perasa, Produk Kebersihan, Ubat-Ubatan dan Barangan Persekolahan.MyKasih mempunyai lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh Negarauntuk pembelian menggunakan MyKad termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), Serta Pasar Raya dan Pasar Mini Bebas.
image 2
Semakan MyKasih 2025 : Cek Status Penerima Layak Atau Tidak (RM600 & RM900 & RM2,100) 5

Jumlah Bayaran MyKasih 2025

Jumlah bantuan yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:

  • Kategori Penerima STR & BERSTATUS Miskin/Miskin Tegar eKasih
PENERIMA STR
&
(BERSTATUS eKasih)
BULAN
JANUARI – MAC
BULAN
APRIL – DISEMBER
Isi rumah
(RM 2,100 Setahun)
RM100
sebulan
RM 200
sebulan
Warga emas tiada pasangan
(RM 1,650 Setahun)
RM100
sebulan
RM 150
sebulan
Bujang
(RM 600 Setahun)
RM50
sebulan
RM 50
sebulan
  • Kategori Penerima STR & BERSTATUS Miskin/Miskin Tegar eKasih
PENERIMA STR
&
(BERSTATUS eKasih)
BULAN
JANUARI – MAC
BULAN
APRIL – DISEMBER
Isi rumah
(RM 900 Setahun)
RM 100
sebulan
Warga emas tiada pasangan
(RM 450 Setahun)
RM 50
sebulan
Bujang
MyKasih 2025
Semakan MyKasih 2025 : Cek Status Penerima Layak Atau Tidak (RM600 & RM900 & RM2,100) 6

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Penafian

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment