Semakan Online Moratorium Automatik Selama 3 Bulan Untuk B40 & Golongan Terjejas

tele

Semakan Online Pemerkasa Plus: Moratorium Automatik Selama 3 Bulan B40
& Golongan Terjejas


Kerajaan telah mengumumkan pakej baharu bantuan PEMERKASA PLUS yang bernilai
RM40 bilion yang bertujuan untuk membantu rakyat menghadapi PKP 3.0. Selain
itu, tujuan pakej bantuan ini ialah untuk merangsang ekonomi rakyat.

Total Lockdown fasa pertama telah bermula hari ini
1 Jun 2021 sehingga 14 Jun 2021. 

Berita baik bagi mereka yang menantikan maklumat terkini berkaitan dengan
moratorium.
Kami kongsikan kepada anda maklumat terkini berkaitan moratorium
ini. 

3 Matlamat Utama PEMERKASA PLUS

Pertama: Mempertingkatkan Kapasiti Kesihatan Awam
Kedua: Meneruskan
Agenda Prihatin Rakyat
Ketiga: Menyokong Kelangsungan Perniagaan

Moratorium Secara Automatik

Hasil perbincangan bersama Bank Negara Malaysia (BNM), industri perbankan
memberi jaminan dan komitmen penuh untuk terus memberikan bantuan pembayaran
balik pinjaman dan moratorium.

Semua golongan B40 dan rakyat yang terjejas ekoran kehilangan pekerjaan
serta perusahaan mikro dan PKS yang tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh
PKP diberi dua pilihan:

Mendapatkan kelulusan moratorium secara automatik selama 3 bulan atau
Memilih
untuk mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50%
selama tempoh 6 bulan.

Bila Tarikh Dilaksanakan?

Inisiatif ini akan dilaksanakan segera pada bulan Jun yang dijangka
memberikan manfaat kepada 5 jua peminjam dengan nilai sehingga 30 bilion
ringgit.
Kelegaan Untuk Golongan B40 Dan Rakyat

Industri perbankan akan diberikan maklumat lebih terperinci tentang
moratorium bermula hari ini.

Cara Mohon Moratorium

Para peminjam boleh menghubungi bank masing-masing untuk mendapat manfaat
bantuan ini.
 
moratorium