Senarai Bantuan Tunai 2025: Semakan Status Layak Atau Tidak Untuk Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah & Sumbangan Asas Rahmah
Kerajaan Malaysia terus komited dalam membantu golongan berpendapatan rendah melalui pelbagai inisiatif bantuan tunai dan bagi yang berkenaan, pastikan anda membuat semakan status layak atau tidak.
Pada tahun 2025, dua program utama yang diperkenalkan untuk Bantuan Tunai 2025 ialah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Baca Juga: Bantuan Lesen Percuma 2025: Semak Kelayakan Penerima Layak Atau Tidak
Bantuan Tunai 2025
Artikel ini akan membincangkan secara terperinci mengenai kedua-dua bantuan tunai 2025 ini, termasuk syarat kelayakan, jumlah bantuan, dan cara membuat semakan status kelayakan.
Bantuan Tunai 2025 (Sumbangan Tunai Rahmah)
Sumbangan Tunai Rahmah Atau lebih dikenali sebagai STR merupakan bantuan tunai yang disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah bagi meringankan beban kos sara hidup.
Dalam Belanjawan 2025, kerajaan telah memperuntukkan RM13 bilion untuk STR dan SARA, memberi manfaat kepada kira-kira sembilan juta penerima, iaitu 60% daripada penduduk dewasa negara.
Syarat Kelayakan STR 2025

Anda boleh merujuk syarat kelayakan d bawah untuk membuat semakan status layak atau tidak bagi bantuan STR 2025:
- Isi Rumah:
- Berkahwin; atau
- Ibu atau bapa tunggal/balu/janda/duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan:
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang:
- Berumur 21 hingga 59 tahun;
- Pendapatan RM2,500 dan ke bawah;
- Bukan pelajar IPTA/IPTS sepenuh masa.
Jumlah Bantuan STR 2025
Kadar bantuan tunai STR 2025 adalah seperti berikut:
Kategori Penerima | Pendapatan Bulanan | Tiada Anak | 1-2 Anak | 3-4 Anak | 5 Anak & ke atas |
---|---|---|---|---|---|
Isi Rumah | ≤ RM2,500 | RM1,000 | RM1,500 | RM2,000 | RM2,500 |
Isi Rumah | RM2,501 – RM5,000 | RM500 | RM750 | RM1,000 | RM1,250 |
Warga Emas Tiada Pasangan | ≤ RM5,000 | RM600 | – | – | – |
Bujang | ≤ RM2,500 | RM600 | – | – | – |
Nota: Jumlah bantuan tunai ini akan diagihkan secara berperingkat melalui empat fasa sepanjang tahun.



Bantuan Tunai 2025 (Sumbangan Asas Rahmah)
Sumbangan Asas Rahmah atau dikenali sebagai SARA adalah inisiatif tambahan di bawah program MyKasih yang bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah memenuhi keperluan barangan asas.
Bantuan tunai ini disalurkan secara tanpa tunai melalui MyKad penerima untuk pembelian barangan keperluan di pasaraya terpilih.
Syarat Kelayakan SARA 2025
Anda boleh merujuk syarat kelayakan d bawah untuk membuat semakan status layak atau tidak bagi bantuan SARA 2025:
- Warganegara Malaysia;
- Pendapatan bulanan tidak melebihi RM5,000;
- Penerima STR 2025;
- Tersenarai sebagai miskin atau miskin tegar dalam sistem eKasih.
Jumlah Bantuan SARA 2025
Kadar bantuan tunai SARA adalah seperti berikut:
Kategori Penerima | Status | Jumlah Bantuan |
---|---|---|
Isi Rumah | Miskin/Miskin Tegar | RM1,200 (RM100/bulan) |
Warga Emas Tiada Pasangan | Miskin/Miskin Tegar | RM1,200 (RM100/bulan) |
Bujang | Miskin/Miskin Tegar | RM600 (RM50/bulan) |
Isi Rumah | Penerima STR | RM900 (RM100/bulan) |
Warga Emas Tiada Pasangan | Penerima STR | RM450 (RM50/bulan) |

Semakan Status Kelayakan Bantuan Tunai 2025
Penerima boleh menyemak status kelayakan mereka melalui dua portal rasmi:
- Portal MyKasih: Untuk penerima yang tersenarai dalam eKasih.
- Layari https://www.mykasih.com.my/.
- Klik “Semak Status”.
- Masukkan nombor MyKad dan kod captcha.
- Klik “Semak Status” untuk melihat status kelayakan.
- Portal MySTR: Untuk penerima STR.
- Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my.
- Masukkan nombor MyKad dan kata laluan.
- Klik “Semakan Status” untuk melihat maklumat permohonan dan pembayaran.
Melalui inisiatif bantuan tunai STR dan SARA 2025, kerajaan berharap dapat meringankan beban kewangan golongan berpendapatan rendah serta memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
Maklumat lanjut
Anda boleh mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan STR melalui saluran berikut:
- Hubungi Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Portal Rasmi STR, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
- Hubungi Hotline BKK: 1-800-88-2747
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai mekanisme pelaksanaan SARA, sila rujuk Portal Rasmi MyKasih di pautan berikut: https://www.mykasih.com.my atau hubungi Talian Bantuan MyKasih 03-7720 1800

Khairi is the insightful author behind www.semakankerjaya.com, offering in-depth coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a keen eye for detail and a passion for keeping readers well-informed, Syraff is a trusted source for employment opportunities and local affairs.”