Senarai penuh penerima e-Tunai Rahmah RM200 ‘one-off’ ~ Berikut cara untuk tebus bantuan ini…

Spread the love


Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan
bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan
Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Begitulah juga di bawah Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari
2023 lalu.

Blog%20telegram

E-Tunai Belia Rahmah

Ketika membentangkan Belanjawan 2023, Perdana Menteri telah mengumumkan
sebuah bantuan kewangan berbentuk e-Tunai yang dikenali sebagai e-Tunai
Belia Rahmah.

Bantuan ini pada asasnya akan melibatkan jumlah e-Tunai sebanyak RM200 yang
diberikan secara ‘one-off’ kepada setiap yang layak dengan peruntukan
sebanyak RM400 juta.

Mereka yang layak menerima bantuan ini adalah para belia berusia 18 hingga
20 tahun.

“Tidak dilupakan, kepada 2 juta orang belia 18 hingga 20 tahun, Kerajaan
akan menawarkan kredit e-Tunai Belia Rahmah berjumlah RM200 dengan
peruntukan RM400 juta,” katanya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
ketika membentangkan Belanjawan 2023.

Penebusan e-Tunai

Untuk penebusan bantuan e-tunai ini, ia berkemungkinan akan dilaksanakan
seperti mana bantuan-bantuan e-Tunai sebelum ini iaitu melalui
platform-platform e-Tunai seperti TNG e-wallet, Grab, Boost dan
sebagainya.

Namun begitu, makluman rasmi berkenaan kaedah pelaksanaan bantuan ini akan
dikemaskini dari semasa ke semasa.

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan Belanjawan 2023, sila rujuk di Portal
Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.