SIP PRIHATIN 2.0: Mohon Elaun Mencari Pekerjaan RM300 Sepanjang Tempoh 2 Bulan

Spread the love

tele


SIP PRIHATIN 2.0: Elaun Mencari Pekerjaan RM300 Bagi 2 Bulan



Individu yang sedang mencari pekerjaan sama ada graduan baharu, lepasan
sekolah dan pekerja sektor tidak formal kini boleh memohon Elaun Mencari
Pekerjaan atau SIP PRIHATIN 2.0 bagi tempoh 2 bulan.

Untuk makluman, pelaksanaan SIP PRIHATIN 2.0 ini telah diumumkan oleh
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa membentangkan pakej Pelan
Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada 28 Jun 2021 yang
lalu.

Bagi memastikan mereka layak menerima SIP PRIHATIN 2.0 ini, mereka perlu
mendaftar pekerjaan di bawah platform MYFutureJobs dan layak menerima
insentif SIP Prihatin 2.0 sekurang-kurangnya RM300.

Permohonan secara atas talian telah dibuka mulai 15 Julai 2021 iaitu hari
Khamis.

SIP PRIHATIN 2.0

Mengenai SIP PRIHATIN 2.0

SIP PRIHATIN 2.0 ialah elaun yang diberikan kepada para pencari pekerjaan
dalam kategori bukan pencarum PERKESO terutamanya graduan baharu, lepasan
sekolah dan pekerja sektor tidak formal.

Mereka perlu mendaftar di bawah platform MYFutureJobs dan memenuhi
syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan bagi membolehkan mereka mendapat
elaun tersebut.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan bagi pemohon yang ingin memohon SIP PRIHATIN 2.0 adalah
seperti berikut.
  • Individu tersebut mestilah kehilangan pekerjaan yang tidak dilindungi
    di bawah Sistem Insurans Pekerjaan.
  • Individu telah berdaftar dan aktif menjalankan aktiviti carian
    pekerjaan melalui portal MYFutureJobs.
  • Individu terbabit mestilah menganggur.
  • Individu tersebut telah menghadiri sekurang-kurangnya 6 temuduga
    dalam 2 bulan.
Kadar Elaun Mengikut Kategori

Kadar elaun yang ditawarkan adalah berdasarkan kategori seperti
berikut:


Aktiviti Carian Pekerjaan

Jumlah Aktiviti Setiap Bulan

Jumlah Insentif

Menghadiri temuduga terbuka (fizikal atau dalam talian)

3 temuduga dalam tempoh 30 hari x 2 bulan

Layak menerima insentif RM300 x 2 bulan

Kembali bekerja dalam tempoh menerima insentif bulan
pertama

Sekurang-kurangnya 1 temu duga dalam tempoh menerima Elaun
mencari pekerjaan

Layak menerima RM400 secara one-off
Pendaftaran MYFutureJobs

Untuk melayakkan mendapat elaun mencari pekerjaan tersebut, para pencari
kerja perlu mendaftar di portal MyFutureJobs seperti langkah-langkah
berikut:
  • Layari laman web www.myfuturejobs.gov.my
  • Klik butang ‘Jobseeker Sign In’ untuk mendaftar profil pribadi
  • Klik butang ‘Register Here’ sebagai pengguna kali pertama.
  • Isikan maklumat email dan no. kad pengenalan serta butiran-butiran
    yang diperlukan.
  • Kemudian, log masuk dan cari bidang kerjaya yang diinginkan mengikut
    lokasi.
  • Kemaskini maklumat selanjutnya bagi membuat permohonan pekerjaan yang
    diingini.
Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web
https://www.myfuturejobs.gov.my/ms/sip-prihatin-perlanjutan-elaun-mencari-pekerjaan/
atau menghubungi Careline PERKESO di talian 1300-22-8000