Apa yang perlu anda ketahui berkaitan dengan pelaksanaan Pekeliling Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA)
Sememangnya menjadi kewajipan bagi setiap penjawat awam untuk meneliti setiap kandungan agar anda faham dalam memilih pilihan yang anda inginkan.
Pengenalan Ringkas SSM & SSPA
SSM bertujuan menggantikan Sistem Saraan Baru (SSB) dengan objektif terhala kepada penstrukturan bayaran gaji yang lebih baik, manakala SSPA pula merupakan penambahbaikan kepada SSM dengan fokus yang lebih besar kepada kenaikan gaji berdasarkan nilai prestasi dan fleksibiliti dalam imbuhan.
Dalam SSPA, mereka yang berada di dalam perkhidmatan awam yang mencapai KPI dengan cemerlang akan dapat menikmati kenaikan gaji yang lebih cepat, sementara itu dalam SSM pula, imbuhan gaji lebih seragam tertakluk kepada gred dan tempoh perkhidmatan seseorang.
Tengah Trending: MyPersonaliti MARA: Ujian Psikometrik MARA
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA)
SSPA dipercayai dapat menjamin keadilan dan ketelusan dalam pengagihan Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) kepada penjawat awam yang benar-benar layak.
Pada masa yang sama, SSPA dapat meningkatkan Produktiviti Pegawai Awam demi kesejahteraan rakyat.
Tempoh Untuk Memilih
Penjawat awam mempunyai masa selama 40 Hari bermula dari 21 Oktober 2024 sehingga 30 November 2024 untuk menetapkan sama ada menggunakan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) ataupun tetap kekal menggunakan Sistem Saraan Malaysia (SSM), sebelum dikuatkuasakan pada 1 Disember 2024.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz menyatakan bahawa pelaksanaan SSPA tidak akan menjejaskan pencen penjawat awam yang berstatus tetap dan pelarasan gaji baru hanya terpakai kepada pegawai awam yang memilih opsyen SSPA sahaja.
Penambahbaikan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA)
Selain pelarasan gaji, apa sebenarnya kelebihan yang ada pada SSPA ni? Berikut dikongsikan penambahbaikan kemudahan yang ada di bawah SSPA.
Muat Turun Soalan Lazim SSPA (FAQ)
Bagi yang belum membaca Pekeliling, sila muat turun pekeliling di pautan berikut: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 https://docs.jpa.gov.my/docs/sspa/PP_SSPA_INDUK_COMBINED.pdf
Berikut dilampirkan SENARAI SOALAN LAZIM PEKELILING PERKHIDMATAN SSPA yang lebih terperinci untuk dimuat turun (kemaskini 14 September 2024) :
[ MUAT TURUN ] SOALAN LAZIM (FAQ) PERKHIDMATAN SSPA
- Pengurusan Bakat – Urusan Perkhidmatan
- Pembangunan Organisasi – Urusan Skim Perkhidmatan & Ketua Perkhidmatan
- Kemampanan Saraan
*Sumber: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA)
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut, sila rujuk Portal Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Jawapan Perkhidmatan Awam.
- MUAT TURUN : Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024. https://docs.jpa.gov.my/docs/sspa/PP_SSPA_INDUK_COMBINED.pdf
Pemakluman:
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 hingga 5 Tahun 2024 dan Surat Pelaksanaan Bilangan 6 Tahun 2024 akan berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024.
- Pekeliling Perkhidmatan berikut perlu dirujuk kepada Pengurus Sumber Manusia (PSM) di Kementerian/Jabatan/Agensi berkenaan:
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2024 – Kumpulan Pengurusan Tertinggi.
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2024 – Polis Diraja Malaysia (PDRM).
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2024 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2024 – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
- Surat Pelaksanaan – Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Asyraff is the insightful author behind www.semakankerjaya.com, offering in-depth coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a keen eye for detail and a passion for keeping readers well-informed, Syraff is a trusted source for employment opportunities and local affairs.”