STR 2024 : Jumlah Bantuan Mengikut Kategori

STR 2024 : Jumlah Bantuan Mengikut Kategori – KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan Belanjawan 2024 di Parlimen hari ini.

Pembentangan Belanjawan 2024 dijangka memberi tumpuan kepada sektor perniagaan membabitkan perkhidmatan, runcit, hospitaliti, pembinaan dan teknologi hijau, demikian menurut penganalisis ekonomi.

Belanjawan 2024 juga dijangka akan terus mencerminkan semangat rangka kerja Ekonomi MADANI dengan fokus meningkatkan kualiti hidup rakyat menerusi penyusunan semula ekonomi dan pengagihan kekayaan secara saksama.

BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) DINAIKKAN

Bantuan STR Fasa 4 adalah merupakan sebuah inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

Melalui ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari ini, beliau telah mengumumkan bahawa peruntukan STR meningkat sebanyak 2 bilion ringgit atau 25 peratus iaitu daripada 8 bilion ringgit kepada 10 bilion ringgit.

Yang mana ianya akan memberi manfaat kepada 9 juta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa Malaysia.

JUMLAH BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2024

Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa kadar minimum STR untuk golongan belia dan isi rumah akan dinaikkan. Berikut adalah jumlah bantuan STR yang baharu yang akan disalurkan:

Belia

  • Bantuan akan dinaikkan daripada RM350 kepada RM500.

Isi Rumah

  • Bayaran isi rumah biasanya maksimum RM300. Untuk STR 2024, bayaran
    pertama akan dinaikkan kepada RM500 ringgit yang mana dijangka akan mula
    disalurkan sebelum Ramadhan.

PERMOHONAN BAHARU BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2024

STR 2024 juga akan mengambil pendekatan berbeza yang mana pihak kerajaan akan membuka permohonan baharu seawal November 2023.

Selain itu, permohonan akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.

TARIKH PEMBAYARAN STR 2024

Untuk makluman anda semua, bayaran pertama bagi STR 2024 dijangka akan dilakukan bermula pada FEBRUARI 2024.

SEMAKAN STATUS STR

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.

Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.