Berita baik untuk rakyat Malaysia. Anda kini boleh menyemak status permohonan (Sumbangan Tunai Rahmah) STR Bujang bagi tahun 2024.
Rujuk maklumat di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang permohonan STR Bujang 2024 dan tarikh pembayaran ke akaun penerima.
Apakah Itu Sumbangan Tunai Rahmah (STR)?
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
![[RASMI] STR Bujang : Bayaran Bantuan Tunai RM600 Bermula Hari Ini 2 str 2024 fasa 1 2 1024x906 1](https://www.semakankerjaya.com/wp-content/uploads/2024/10/str-2024-fasa-1-2-1024x906-1.png)
Untuk tahun 2024, Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa peruntukan bagi STR akan meningkat sebanyak RM2 bilion, menjadikannya RM10 bilion berbanding RM8 bilion pada tahun 2023. Kategori baharu bagi isi rumah miskin dan miskin tegar dalam data eKasih akan menerima sumbangan maksimum RM3,700 setahun bermula Januari 2024, satu peningkatan daripada RM3,100 yang diberikan pada tahun lalu.
Anda Mungkin Berminat: Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) – Mohon Sebelum 31 Oktober 2024
Syarat Kelayakan STR Bujang
Bujang layak menerima STR jika memenuhi syarat kelayakan berikut:
- Status Bujang: Pemohon mesti berstatus bujang, ibu atau bapa tunggal, balu, janda, atau duda yang tidak mempunyai anak yang memenuhi syarat.
- Had Umur: 21 hingga 59 tahun.
- Pendapatan: Pendapatan bujang tidak melebihi RM2,500.
![[RASMI] STR Bujang : Bayaran Bantuan Tunai RM600 Bermula Hari Ini 3 IMG 20231019 174050 1024x744 1](https://www.semakankerjaya.com/wp-content/uploads/2024/10/IMG_20231019_174050-1024x744-1.jpg)
Nota: Individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta hanya boleh dimasukkan sebagai maklumat tanggungan dan tidak boleh memohon sebagai individu bujang.
Jumlah Bayaran STR 2024 Bagi Kategori Bujang
Fasa 1:
Penerima berstatus bujang yang layak akan menerima RM350.
Fasa 2:
Penerima STR Bujang berusia 21-59 tahun dan OKU berumur 19-59 tahun dengan pendapatan RM2,500 ke bawah akan menerima RM100. Bagi warga emas tiada pasangan berumur 60 tahun ke bawah dengan pendapatan RM5,000 atau kurang, jumlah yang diterima adalah RM150.
Fasa 3:
Penerima STR Bujang berusia 21-59 tahun dan OKU berumur 19-59 tahun dengan pendapatan RM2,500 ke bawah akan menerima RM50.
Kadar Bantuan Keseluruhan STR Bujang
Berdasarkan Belanjawan 2024 oleh Kementerian Kewangan, jumlah bantuan STR 2024 adalah seperti berikut:
Pendapatan Isi Rumah | Bilangan Anak | Jumlah STR (RM) |
---|---|---|
Kurang RM2,500 | 0 | RM1,000 |
1-2 | RM1,500 | |
3-4 | RM2,000 | |
5 ke atas | RM2,500 | |
RM2,501 – RM5,000 | 0 | RM500 |
1-2 | RM750 | |
3-4 | RM1,000 | |
5 ke atas | RM1,250 | |
Warga Emas Bujang | – | RM600 |
Bujang (Pendapatan < RM2,500) | – | RM350 |
Penerima STR Bujang yang layak juga akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mulai tahun 2024.
Tarikh Bayaran STR Bujang 2024
Penerima bantuan tunai Rahmah bagi kategori bujang akan menerima bayaran dalam fasa berikut:
- Fasa 3: Mulai 29 november 2024
- Fasa 4: December 2024
Semakan Status / Kelayakan
Untuk menyemak status dan jumlah bayaran yang akan diterima, ikuti langkah berikut:
- Layari Portal STR 2024: bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan yang telah didaftarkan.
- Tekan butang ‘Semakan Permohonan.’
- Status kelulusan anda akan dipaparkan.
![[RASMI] STR Bujang : Bayaran Bantuan Tunai RM600 Bermula Hari Ini 4 qjnDn1wmoiOP0k9 1707331530](https://www.semakankerjaya.com/wp-content/uploads/2024/10/qjnDn1wmoiOP0k9_1707331530.webp)
Khairi is the insightful author behind www.semakankerjaya.com, offering in-depth coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a keen eye for detail and a passion for keeping readers well-informed, Syraff is a trusted source for employment opportunities and local affairs.”