Alhamdulillah, untuk golongan bujang, anda boleh melakukan semakan status permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Bujang tahun 2024.
Rujuk maklumat di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai permohonan STR Bujang 2024 dan tarikh pembayaran ke akaun penerima.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
STR merupakan suatu inisiatif Payung Rahmah untuk membantu kelompok yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

Bagi tahun 2024, Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa peruntukan bagi STR akan dinaikkan sebanyak RM2 bilion menjadi RM10 bilion berbanding hanya RM8 bilion pada tahun 2023.
Selain itu, kategori baharu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data eKasih akan menerim sumbangan maksimum RM3700 setahun bermula Januari 2024.
Jumlah ini merupakan sedikit peningkatan daripada jumlah RM3100 yang diberikan pada tahu 2023.
Pilihan Pembaca:—————————
———————————————————
STR Bujang Fasa 2
Pemohon bujang layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:
i) Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
STR Bujang Fasa 1
Jumlah bayaran bantuan tunai ini bagi penerima berstatus bujang yang layak adalah : RM350.

STR 2024 Fasa 2 Kategori Bujang
Untuk makluman, penerima STR Bujang berusia 21-59 tahun / OKU berumur 19-59 tahun berpendapatan RM2500 ke bawah akan menerima amaun sebanyak RM100 bagi Fasa 2.
Manakala bagi warga emas tiada pasangan berumur 60 tahun dan ke bawah dengan pendapatan RM5000 atau kurang akan menerima RM150.
Sila rujuk jadual di bawah:


Untuk makluman anda juga mulai tahun 2024, penerima STR Bujang yang layak akan turut menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Kategori Penerima | Pendapatan | Bilangan Anak | Jumlah STR (RM) | Jumlah SARA (RM) | Jumlah Keseluruhan (RM) |
---|---|---|---|---|---|
Isi Rumah | ≤ RM2,500 | 0 | 1,000 | 1,200 | 2,200 |
Isi Rumah | ≤ RM2,500 | 1-2 | 1,500 | 1,200 | 2,700 |
Isi Rumah | ≤ RM2,500 | 3-4 | 2,000 | 1,200 | 3,200 |
Isi Rumah | ≤ RM2,500 | ≥ 5 | 2,500 | 1,200 | 3,700 |
Isi Rumah | RM2,501 – RM5,000 | 0 | 500 | 300 | 800 |
Isi Rumah | RM2,501 – RM5,000 | 1-2 | 750 | 300 | 1,050 |
Isi Rumah | RM2,501 – RM5,000 | 3-4 | 1,000 | 300 | 1,300 |
Isi Rumah | RM2,501 – RM5,000 | ≥ 5 | 1,250 | 300 | 1,550 |
Warga Emas Sebatang Kara | ≤ RM5,000 | – | 600 | 150 | 750 |
Bujang (21-59 tahun) | – | – | 350 | 150 | 500 |
Bujang OKU (19-59 tahun) | – | – | 350 | 150 | 500 |
NOTA: Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:
- Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan
- Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan
- Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh 6 bulan.

Ketahui lebih lanjut cara semak status SARA 2024, jumlah kelayakan dan pengkreditan bantuan melalui MyKasih.
Tarikh Bayaran STR Bujang 2024
Penerima bantuan tunai 2023 bagi kategori bujang akan menerima bayaran dalam fasa berikut:
- Fasa 1 (29 Januari 2024)
- Fasa 2 (April 2024)
- Fasa 3 (Ogos 2024)
- Fasa 4 (November 2024)
Harap maklum bahawa tarikh ini bagi pembayaran STR Bujang 2024 bagi Fasa 1, 2, 3 dan 4 ini juga tertakluk pada perubahan semasa.

Semakan Status / Kelayakan
Untuk membuat semakan status dan jumlah bayaran yang akan diterima, anda hanya perlu ikuti langkah berikut:
- Layari Portal STR 2024 https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan yang telah didaftarkan
- Tekan butang ‘Semakan Permohonan’
- Status kelulusan anda akan dipaparkan.
Penafian
SemakanKerjaya tidak mewakili mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta. Maklumat yang kami perolehi Ini merupakan maklumat yang kami petik daripada website rasmi kerajaan mahupun berita. Untuk maklumat lanjut & lebih terperinci, sila rujuk pautan asal yang disediakan.
Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.