STR Bujang RM350 : Permohonan Telah Dibuka

STR Bujang RM350 : Permohonan Telah Dibuka untuk individu yang layak Tahun 2024.

Khas untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk menaikkan peruntukan bantuan STR kepada RM2 Bilion atau sebanyak 25 peratus iaitu daripada 8 bilion ringgit kepada RM10 Bilion.

Berita gembira ini diumumkan sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, Oktober 2023 yang lalu.

Beliau menyatakan bahawa pemberian STR banyak memberi manfaat sehingga 9 juta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa di Malaysia.

Permohonan Baru STR Bujang 2024

Permohonan STR Bujang untuk tahun 2024 sebanyak RM250 telahpun dibuka pada 1 November 2023. Permohonan akan dibuka sepanjang tahun, berbanding permohonan bantuan sebelum ini dimana ianya dibuka setahun sekali.

Kerajaan melihat perkara ini adalah satu langkah untuk memastikan tiada individu yang layak tercicir untuk mendapatkan bantuan ini dan memastikan rakyat sentiasa berpeluang untuk mengemukakan permohonan masing-masing.

Selain itu, langkah ini juga dilihat berkesan untuk membolehkan penerima sedia ada mengemaskini maklumat diri jika terdapat sebarang perubahan.

Untuk mengelakkan keciciran yang lebih serius, data-data bantuan yang terdahulu akan dibawa secara automatik kedalam pangkalan data Kerajaan di samping beberapa agensi yang terlibat untuk disemak silang kelayakan STR mengikut syarat yang telah ditetapkan.

Tempoh permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2024) adalah sepanjang tahun mulai 1 November 2023.

Permohonan Baru STR Bujang RM350 Tahun 2024
STR Bujang RM350 : Permohonan Telah Dibuka 5

Kadar Bayaran STR Bujang Tahun 2024

Menurut Kementerian Kewangan, jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi golongan Bujang adalah RM350.

maklumat penuh STR Bujang tahun 2024
STR Bujang RM350 : Permohonan Telah Dibuka 6

Cara Buat Permohonan STR Bujang Tahun 2024

Permohonan baru atau proses kemaskini permohonan STR boleh dibuat mengikut kaedah berikut:

Langkah mengemaskini permohonan melalui dalam talian, sila rujuk panduan berikut:

  1. Sila layari portal rasmi STR di pautan rasmi Sumbangan Tunai Rahmah.
  2. Klik butang Log Masuk bagi membuat kemaskini permohonan.
  3. Klik butang kemaskini maklumat dan muat naik dokumen yang berkenaan.
  4. Semak semula maklumat pemohon.
  5. Hantar permohonan dan simpan salinan untuk rujukan anda.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Permohonan Baru / Kemaskini Permohonan STR 2024, sila rujuk:

  • Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
  • Hotline STR LHDNM 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9 Pagi – 5 Petang)
  • Hotline STR MoF 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM

Jika anda memerlukan info-info berkaitan bantuan yang terkini, anda juga boleh dapatkan info yang tepat dari kami DISINI.

Trending Sekarang :