Untuk STR Fasa 2 2024, individu yang layak perlu berdaftar terlebih dahulu. Pada tahun ini, bilangan pendaftar telah mencapai 8.2 juta orang.
Kementerian Kewangan, telah mengumumkan bahawa pembayaran STR Fasa 1 telah disalurkan secara berperingkat pada 29 Januari 2024.
Pembayaran akan dilakukan secara automatik terus ke dalam akaun bank penerima, manakala bagi yang tidak mempunyai akaun bank, penunaian boleh dilakukan di cawangan BSN Malaysia mulai 29 Januari 2024.
Sila ikuti perkongsian yang kami sediakan dibawah berkaitan dengan bantuan STR Fasa 2. Semoga bermanfaat!
STR Fasa 2 2024
Sumbangan Tunai Rahmah atau STR merupakan satu bantuan dibawah kerajaan yang diberikan kepada golongan tidak berkemampuan atau golongan B40 yang memenuhi kelayakan bagi membantu mengubah kehidupan mereka.
Skim-skim bantuan seperti Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) telah dilaksanakan oleh kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri sebelum ini. Skim-skim ini bertujuan untuk membantu rakyat yang terjejas oleh keadaan ekonomi dan sosial.
Pada 16 Januari 2023, Perdana Menteri telah mengisytiharkan bahawa bantuan yang sebelum ini dikenali sebagai Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan diberi nama baru iaitu Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Untuk membantu golongan B40, kerajaan telah melancarkan program Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Program ini akan memberikan sumbangan tunai sehingga RM3,100 kepada penerima yang layak.
STR Fasa 2 akan membantu meringankan beban kos sara hidup 8.7 juta penerima dengan peruntukan disediakan hampir RM8 bilion.
Tarikh bayaran STR Fasa 2
Tarikh bayaran STR Fasa 2 adalah mulai April 2024 (Tarikh sebenar akan dikemaskini setelah diumumkan secara rasmi oleh pihak Kementerian Kewangan Malaysia).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pembayaran STR Fasa 2 diagihkan kepada penerima sebelum sambutan Aidilfitri tahun ini, iaitu pada awal bulan April – dua minggu sebelum Hari Raya Aidilfitri.
Bagi Sumbangan Tunai Rahmah tahun 2024 ini, terdapat empat (4) fasa penyerahan sumbangan iaitu pada:
- Fasa 1 : Februari 2024
- STR Fasa 2 : April 2024
- Fasa 3 : Ogos 2024
- Fasa 4 : November 2024
Kadar Bantuan STR 2024
Berikut merupakan kadar bantuan keseluruhan bagi setiap kategori penerima bantuan STR 2024:
1. Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan
- RM1,000 : 0 anak
- RM1,500 : 1 – 2 anak
- RM2,000 : 3 – 4 anak
- RM2,500 : 5 anak atau lebih
2. Pendapatan Isi Rumah : RM2,501 – RM5,000
- RM500 : 0 anak
- RM750 : 1 – 2 anak
- RM1,000 : 3 – 4 anak
- RM1,250 : 5 anak atau lebih
3. Warga Emas Bujang
- RM600
4. Bujang (Pendapatan kurang daripada RM2,500)
- RM350
Semakan Status Bayaran STR Fasa 2
Sеmаkаn ѕtаtuѕ bоlеh dіbuаt mеlаluі раutаn bеrіkut : httрѕ://bаntuаntunаі.hаѕіl.gоv.mу
Sіlа rujuk раnduаn mеlаluі іnfоgrаfіk dі bаwаh:
- Klіk lоgin mаѕuk MуSTR
- Mаѕukkаn nоmbоr Mуkаd реmоhоn
- Pеngеѕаhаn kаtа kunсі kеѕеlаmаtаn
- Mаklumаt уаng аkаn dірараrkаn :
- Nаmа реmоhоn
- No Mуkаd реmоhоn
- Stаtuѕ реrmоhоnаn
- Mаklumаt реmbауаrаn Fаѕа 1 (jіkа lауаk)
- Klіk mеnu Sеmаkаn Pеmbауаrаn Fаѕа 1
- Mаѕukkаn kаtа lаluаn
Lupa Kata Laluan STR
Untuk makluman, segala maklumat asal BKM telah tersedia ada dalam akaun MYSTR.
Oleh itu, untuk login ke akaun STR, anda perlu menggunakan kata laluan seperti dalam Portal BKM dahulu.
Log Masuk MySTR memerlukan No Mykad dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
Berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan jika mengalami masalah terlupa password BKM yang terdahulu:
- Layari laman web STR di pautan
- Klik “Terlupa Kata Laluan“
- Masukkan nombor MyKad 12 digit dan klik “Semak”.
- Masukkan e-mel yang didaftarkan & klik “Seterusnya”.
- Semak sekiranya kata kunci keselamatan adalah betul, kemudian klik “Ya”.
- Jawab soalan keselamatan yang diberikan dan klik “Seterusnya”.
- Masukkan kata laluan dan baru dan pengesahan kata laluan. Kemudian, klik “Tukar Kata Laluan”.
- Anda akan menerima notifikasi Penukaran ID pemohon telah berjaya.
Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.
Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.
Orang awam dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan pautan yang tidak sahih oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi merujuk informasi mengenai program STR.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi Pejabat LHDNM atau rujuk sumber berikut:
Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Pеnаfіаn
Kаmі bukаnlаh wаkіl mаnа-mаnа аgеnѕі kеrаjааn. Inі mеruраkаn mаklumаt уаng kаmі реrоlеhі dаrіраdа wеbѕіtе rаѕmі kеrаjааn. Mоhоn rujuk раutаn аѕаl untuk mаklumаt lаnjut уаng lеbіh lеngkар.
Mаklumаt уаng kаmі ѕаmраіkаn bеrdаѕаrkаn іnfо ѕеmаѕа аtаu bаntuаn tаhunаn bеrulаng.
Infо lаnjut аkаn dіkеmаѕkіnі dаrі ѕеmаѕа kе ѕеmаѕа. Kаmі ѕаrаnkаn аndа untuk mеngіkutі kаmі dі Chаnnеl Tеlеgrаm untuk lеbіh іnfо bеrkаіtаn bаntuаn kеrаjааn dаn kеrjауа.
Asyraff is the insightful author behind www.semakankerjaya.com, offering in-depth coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a keen eye for detail and a passion for keeping readers well-informed, Syraff is a trusted source for employment opportunities and local affairs.”