STR Fasa 2 : Semakan Status Penerima Layak Atau Tidak

STR Fasa 2 merupakan bantuan kewangan yang diperuntukan khas oleh kerajaan untuk membantu rakyat yang berpendapatan rendah (B40)

dan sederhana (M40) melalui pembayaran tunai secara berfasa yang kini memasuki bayaran fasa kedua (2).

Bagaimanakah STR fasa 2 semak kelayakan penerima bayaran? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

Baca Juga: Jawatan Kosong JPNIN: Gaji Bermula RM1,893 Sehingga RM6,620

STR Fasa 2

Berikut merupakan pautan rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dikendali di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri yang boleh diakses untuk permohonan, kemaskini dan semakan status :

PERKARAPAUTAN
Portal Rasmi
Sumbangan Tunai Rahmah
(STR)
https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Semakan STR Fasa 2

Ikuti panduan cara semak status penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025; atau klik pautan di atas.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

Jadual Bayaran STR Fasa 2

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah dijadualkan seperti tarikh berikut :

FASA PEMBAYARANTARIKH BAYARAN
Pertama (1)22 – 29 Januari 2025
Kedua (2)Bermula 3 April 2025
Ketiga (3)Belum diketahui
Keempat (4)Belum diketahui

*Nota : Walau bagaimanapun, tarikh pembayaran Fasa kedua (2) di atas masih belum disahkan. Sekiranya terdapat sebarang perubahan, pihak kami akan kemaskini dari semasa ke semasa.

STR Fasa 2 2 1
STR Fasa 2 : Semakan Status Penerima Layak Atau Tidak 5

Jumlah Bayaran STR Fasa 2 Mengikut Kategori

Amaun Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dibayar untuk fasa kedua (2) adalah berbeza bagi setiap penerima sedia ada dan penerima baharu. Berikut merupakan kadar amaun yang dibayar keseluruhan tahun 2025 :

KATEGORI KELAYAKAN
PENERIMA
KADAR AMAUN
STR 2025
Isi Rumah Pendapatan
RM2,500 ke bawah
Tiada anak : RM1,000
1 – 2 anak : RM1,500
3 – 4 anak : RM2,000
5 ke atas : RM2,500
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 hingga RM5,000
Tiada anak : RM500
1 – 2 anak : RM750
3 – 4 anak : RM1,000
5 ke atas : RM1,250
Warga Emas Tiada PasanganRM600
BujangRM600

Cara Pembayaran STR Fasa 2

Terdapat dua (2) kaedah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR Fasa 2), iaitu :

PENERIMA ADA AKAUN
BANK
PENERIMA TIADA AKAUN
BANK
Dikreditkan terus ke dalam akaun
bank penerima mengikut nombor
akaun yang didaftarkan semasa
permohonan STR
Diberikan secara tunai di kaunter
mana-mana cawangan Bank
Simpanan Nasional (BSN)
yang berhampiran
(Termasuk penerima di
Sabah dan Sarawak)
210623 Ikhtisar Madani Pix Hiasan
STR Fasa 2 : Semakan Status Penerima Layak Atau Tidak 6

Rujukan

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

Penafian

Berdasarkan maklumat di atas, SemakanKerjaya hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini, SemakanKerjaya tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025%20FASA%201.pdf

Leave a Comment