STR Fasa 3 Akan Diagihkan Bermula 26 Ogos 2024 Ini

Spread the love

STR Fasa 3 dijangka akan mula diagihkan bermula 26 Ogos 2024, seiring dengan minggu terakhir hari bekerja bagi bulan Ogos 2024.

Kerajaan kini berada di peringkat akhir dalam memproses data Sumbangan Tunai Rahmah yang melibatkan kira-kira 8 juta penerima yang layak.

Banner Semakan Kerjaya 4

Dalam satu hebahan rasmi kerajaan melalui laman facebook Kementerian Kewangan, tarikh bayaran STR Fasa 3 adalah sebelum penghujung bulan Ogos 2024.

Perkara sama turut dimaklumkan melalui respon emel daripada Sekretariat Sumbangan Tunai Rahmah kepada salah seorang penerima STR yang layak.

Pengenalan

Dalam usaha meringankan beban golongan B40, kerajaan Malaysia telah memulakan inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Melalui Belanjawan 2024, kerajaan bersetuju menambah peruntukan sebanyak 20% daripada RM1.26 bilion tahun lepas kepada RM1.5 billion bagi tahun 2024.

Program bantuan tunai ini dijangka memanfaatkan 8.4 juta rakyat Malaysia yang layak menerima bayaran antara RM100 hingga RM650, berdasarkan kriteria kelayakan yang ditetapkan.

image 6

Apa itu Sumbangan Tunai Rahmah (STR)?

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan sebuah inisiatif bantuan tunai khusus untuk warganegara Malaysia yang berfokus kepada individu dan isi rumah B40, M40, bujang dan warga emas.

Mendepani arus peredaran zaman dan kekangan ekonomi, bantuan tunai ini bakal meringankan beban kewangan serta meningkatkan kesejahteraan 8.4 juta rakyat Malaysia yang memerlukan.

Tarikh Bayaran STR Fasa 3

Proses bayaran STR Fasa 3 akan mula dilaksanakan sebelum 31 Ogos 2024 bersempena Sambutan Hari Kebangsaan.

Jadual pengkreditan bayaran adalah seperti berikut:

  • STR Fasa 1 : 29 Januari 2024
  • STR Fasa 2 : 3 April 2024
  • STR Fasa 3 : 26 Ogos 2024 (Minggu bekerja terakhir Ogos 2024)
  • STR Fasa 4 : November 2024

Berikut adalah jadual & tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 mengikut minggu bekerja terakhir bagi bulan Ogos 2024 (Rasmi).

Infografik ini dikeluarkan seiring dengan proses perbankan di Malaysia yang akan beroperasi pada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat).

STR Fasa 3
  • Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 akan dibayar secara berperingkat mulai Ogos 2024.
  • Seperti fasa 1 dan 2 yang lepas, pengkreditan bantuan ini akan dibayar terus ke dalam akaun penerima yang layak.
  • Bagi penerima yang tidak memiliki akaun bank atau berstatus tidak aktif, penebusan STR boleh dibuat melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran.

Login MySTR & Semakan Status Kelayakan

Berikut dikongsikan enam langkah mudah login MySTR dan semakan status:

  1. Layari laman web MySTR https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Masukkan no KP (MyKAD) dan tekan butang ‘log masuk’
  3. Tekan butang ‘semak’ dan sahkan verifikasi
  4. Masukkan password dan tekan butang ‘log masuk’
  5. Pada menu utama, tekan butang ‘Semakan Permohonan’
  6. Status permohonan akan dipaparkan
Pengumuman Kementerian Kewangan mengenai STR Fasa 3
Proses Bayaran STR Fasa 3 Bermula 26 Ogos 2024 13
str fasa 3 1
Proses Bayaran STR Fasa 3 Bermula 26 Ogos 2024 14
str fasa 3 2024
Proses Bayaran STR Fasa 3 Bermula 26 Ogos 2024 15
str fasa 3 semakan
Proses Bayaran STR Fasa 3 Bermula 26 Ogos 2024 16
str fasa 3 semakan 1
Proses Bayaran STR Fasa 3 Bermula 26 Ogos 2024 17

[DIKEMASKINI] Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa ketiga akan dibayar kepada penerima golongan B40 sebelum hari kemerdekaan 31 Ogos 2024.

Jumlah Bayaran STR Fasa 3

Pengkreditan bantuan tunai rahmah Fasa 1 dan Fasa 2 telah diberikan kepada yang layak pada bulan Januari dan April 2024 yang lalu.

Jadual berikut pula adalah jumlah bayaran STR Fasa 3 bagi pengkreditan Ogos 2024 menurut soalan lazim yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN):

jumlah bayaran str fasa 3
Proses Bayaran STR Fasa 3 Bermula 26 Ogos 2024 18

Sementara itu, Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu siaran media menasihatkan orang ramai supaya sentiasa waspada dengan cubaan pihak tidak bertanggungjawab untuk memperdaya mangsa melalui talian palsu STR.

Berikut dikongsikan siaran media penuh MOF: