Tarikh Bayaran i-Sinar Bulan Mei 2021 : Dibayar Awal Bulan

Spread the love



Seperti yang kita tahu, bayaran i-Sinar bulan Max sudah dibuat lebih awal
daripada dijangkakan, iaitu pada bulan Februari lalu. Pihak KWSP telah membuat
bayaran bulan April sehingga minggu kedua April lalu. Sehingga kini, penerima
sudah mendapat bayaran masing-masing seperti yang dijadualkan.


Bila pula bayaran i-Sinar bulan Mei akan dilakukan? Pasti ramai yang
mengharapkan bayaran i-Sinar Mei 2021 dibuat sebelum raya kan? Untuk
makluman anda, bayaran akan dibuat secara berperingkat dan anda boleh buat
semakan secara online melalui i-Akaun masing-masing.

TARIKH BAYARAN I-SINAR MEI 2021


Pengkreditan amaun ke akaun bank masing-masing adalah seperti
berikut:

Ahli yang menerima pada 1 April sebelum
ini akan menerima bayaran pada 3 Mei 2021
 Ahli yang menerima pada 2 April sebelum ini akan menerima bayaran pada 4
Mei 2021

Seperti yang kita semua sedia maklum, pembayran adalah secara kredit ke
akaun pemohon akan dibuat SECARA BERPERINGKAT.

PERMOHONAN BAHARU & PINDAAN AMAUN

Ahli KWSP yang masih belum pernah buat permohonan pengeluaran i-Sinar masih
berpeluang untuk buat permohonan baharu sehingga 30 Jun 2021. Permohonan
baru i-Sinar KWSP TANPA SYARAT boleh dibuat secara online melalui
pautan berikut:

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan i-Sinar, anda boleh hubungi talian khas
di 03 8922 4848 yang beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat jam 8 pagi
hingga 5 petang.