Tarikh & Jumlah Bayaran BKM Fasa 2, Semak Status Anda Sekarang

Spread the love

Blog%20telegram

Perdana Menteri sebelum ini telah mengumumkan hampir 8 juta penerima BKM akan
menerima manfaat pada hujung bulan Mac dengan impikasi kewangan berjumlah
RM8.2 bilion ringgit.



“BKM telah ditambah baik daripada bantuan tunai langsung sebelum ini. Nilai
bantuan ditambah mengikut klasifikasi bilangan anak bagi isi rumah yang
tidak mempunyai anak, mempunyai seorang hingga dua orang anak dan isi rumah
yang mempunyai tiga orang anak atau lebih serta memperkenalkan kadar
tambahan bagi kategori isi rumah terhad kepada ibu atau bapa tunggal (IBT)
dan warga emas,” ujarnya.

Berikut Kami kongsikan kepada anda jumlah bantuan BKM Fasa 2.

Jumlah Bantuan BKM Isi Rumah 2022

Untuk pengetahuan anda, pembayaran BKM Fasa 2 akan melibatkan kategori isi
rumah dan warga emas bujang/tiada pasangan akan mendapat bayaran sebanyak
RM100 sehingga RM400 berdasarkan kelayakan setiap penerima. Melalui
pembentangan Belanjawan 2022, bantuan akan diberi berdasarkan empat kategori
berikut:

Isi Rumah RM2,500 dan kebawah:
  • RM2,000: Lebih 3 orang anak
  • RM1,500: 1-2 orang anak
  • RM1,000: Tiada anak

Isi Rumah RM2,500 – RM5,000:
  • RM800: Lebih 3 orang anak
  • RM600: 1-2 orang anak
  • RM400: Tiada anak

Tambahan Kadar Isi Rumah:
  • RM300: Warga Emas
  • RM500: Ibu/Bapa tunggal dengan tanggungan

bkm%2B1

Jumlah Bayaran BKM FASA 2 Bagi Setiap Kategori

Berikut merupakan jumlah bayaran untuk fasa 2:

bkmf21
bkmf22
bkmf23

Syarat Kelayakan Pemohon Isi Rumah BKM

Berikut adalah syarat kelayakan pemohon isi rumah BKM:
  • Sudah Berkahwin
  • Ibu bapa tunggal/ balu/ janda / duda yang mempunyai anak yang menepati
    syarat dan
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah

Tarikh Pembayaran BKM Fasa 2

Pembayaran BKM Fasa 2 dijangka akan bermula pada Jun 2022 dan akan
dikreditkan secara berperingkat.

Cara Membuat Permohonan BKM

Untuk Pengetahuan anda, data penerima BPR 2021, BKC B40 dan data pemohon
BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara
automatik ke dalam sistem BKM untuk semakan kelayakan.

Namun begitu, permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod
dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang
mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam
tempoh yang ditetapkan.

Permohonan boleh dibuat di
https://bkm.hasil.gov.my/

Tarikh Permohonan / Rayuan BKM

Bagi mereka yang tidak menerima BKM, rayuan permohonan BKM akan dibuka
bermula 2 Mei 2022 sehingga 2 Jun 2022.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai pembentangan bajet 2022 bolehlah melayari laman
web Kementerian Kewangan Malaysia di
https://budget.mof.gov.my/2022/

1 thought on “Tarikh & Jumlah Bayaran BKM Fasa 2, Semak Status Anda Sekarang”

Comments are closed.