[Takwim] Tarikh-tarikh Penting Berkaitan Bayaran i-Lestari KWSP Tahun 2020. Untuk pengetahuan semua, proses pengagihan i-Lestari KWSP untuk bulan pertama, kedua dan ketiga dan keempat sudahpun dikreditkan ke dalam akaun masing-masing pada tarikh yang telah ditetapkan.
Bilakah tarikh bayaran i-Lestari KWSP untuk bulan September?
Maklumat berikut akan mengongsikan informasi berkaitan Pengeluaran i-Lestari KWSP termasuklah memaparkan konsep am, tarikh serta semakan status :
KONSEP AM PENGELUARAN I-LESTARI KWSP
Pengeluaran hendaklah daripada Akaun 2 sahaja. Bayaran pengeluaran bakal dilakukan secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran seperti di item (c).
TARIKH PEMBAYARAN PENGELUARAN I-LESTARI KWSP
Nota : Jadual bayaran pengeluaran i-Lestari KWSP di atas adalah sebagai rujukan sahaja.
Bagi Ahli yang memiliki i-Akaun KWSP, anda boleh semak baki serta transaksi bayaran pengeluaran i-Lestari secara atas talian seperti berikut :
- Login i-Akaun
- Pilih Withdrawal/Pengeluaran
- Pilih Withdrawal History
- Semakan status boleh dibuat secara atas talian di laman web KWSP https://ilestari.kwsp.gov.my
- Klik pada tab ‘SEMAK STATUS’.
- Masukkan nombor kad pengenalan serta nombor telefon bimbit yang didaftarkan.
- Klik pada kotak ‘saya bukan robot’ dan klik pada butang semak.Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan i-Lestari KWSP, sila hubungi di talian hotline KWSP 03-8922-4848.
Penafian : Laman web semakankerjaya tiada sebarang kaitan dengan pihak KWSP. Laman ini hanya berkongsi atau menyampaikan informasi am kepada umum. Sebarang kehilangan data / maklumat tidak dipertanggungjawabkan oleh laman semakankerjaya.
Asyraff is the insightful author behind www.semakankerjaya.com, offering in-depth coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a keen eye for detail and a passion for keeping readers well-informed, Syraff is a trusted source for employment opportunities and local affairs.”