Tekun Mobilepreneur 2.0 – Pembiayaan Maksimum Sehingga RM10,000 Kepada Rider Penghantaran Untuk Pembelian Motosikal Baharu & Modal Pusingan.

PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 2.0





Tekun Nasional akan melancarkan pembiayaan Tekun Mobilepreneur 2.0 yang menyediakan pembiayaan maksimum sehingga RM10,000 kepada rider penghantaran untuk pembelian motosikal baharu dan modal pusingan.


“Peruntukan awal sebanyak RM1 juta telah disediakan kepada 100 pemohon awal dan tambahan RM4 juta peruntukan kepada 400 pemohon lagi akan dimaklumkan kemudian.

Program pembiayaan Tekun Mobilepreneur 1.0 yang diperkenalkan pada April, menawarkan pembiayaan khas sehingga RM2,000 untuk membantu rider penghantaran tempatan membaiki motosikal dan menyediakan modal pusingan. Skim itu yang diperuntukkan kepada 500 rider penghantaran telah berakhir semalam.

Tawaran itu terbuka kepada semua rider berdaftar melalui syarikat e-hailing seperti Grab, Foodpanda, Bungkusit, Lalamove, MyMakan, Zeptoekpress dan Mrspeedy.

SYARAT KELAYAKAN






Berikut ialah antara syarat kelayakan yang mesti dipenuhi untuk buat permohonan ini.

● Warganegara Malaysia
● Kaum bumiputera
● Berumur 16-60 tahun
● Pemohon bukan seorang yang muflis
● Mempunyai perlantikan yang sah daripada syarikat e-hailing yang berdaftar seperti Grab dan Foodpanda
● Mempunyai motorsikal sendiri yang sah dan berdaftar
● Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam aktiviti perniagaan
● Peserta perlu mematuhi garis panduan serta terma dan syarat-syart yang dikuatkasakan oleh Kementerian Pengangkutan
● Pemohon yang mendapat sokongan dan disyorkan oleh mana-mana syarikat e-hailing adalah diberi keutamaan

CARA MEMOHON






Layari laman web rasmi TEKUN Nasional di sini: https://www.tekun.gov.my

● Pergi ke menu atas
● Klik PRODUK
● Klik Skim Pembiayaan TEKUN Niaga
● Klik Borang Permohonan Pembiayaan TEKUN Nasional
● PAUTAN PANTAS –> Borang Permohonan
● Lampirkan sekali dokumen-dokumen yang diperlukan
● Hantarkan melalui email ke [email protected]
● Atau boleh hantar permohonan TEKUN Mobilepreneur terus ke ibu pejabat di sini:

T5-01-01, MENARA 5,
JALAN LINGKARAN TENGAH (MAJU LINK),
57000, BANDAR TASIK SELATAN
KUALA LUMPUR

Berikut ialah senarai dokumen yang diperlukan
● Borang permohonan pembiayaan (JPP01 / JPP02 / JPP06 / JPP17)
● Surat sokongan syarikat e-hailing
● Salinan Kad Pengenalan pemohonan dan pasangan (jika berkenaan)
● Gambar pemohon berukuran passport
● Gambar perniagaan (iaitu gambar pemohon berserta gambar motosikal dan rumah)
● Salinan lesen memandu B1 / B2 yang sah
● Salinan geran motosikal milik pemohon yang sah
● Bil utiliti seperti bil elektrik dan air
● Penyata bank yang masih aktif atau transaksi terkini
● Peta lokasi rumah dari pejabat TEKUN (iaitu cawangan yang berhampiran)

Maklumat lanjut




Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan mahu mengetahui lebih lanjut berkenaan permohonan TEKUN Mobilepreneur ini, sila hubungi pegawai berikut:


Encik Nasrul: 011-3343 4145
Puan Azidah: 019-263 7110