TERKINI: Bantuan Kanak-kanak Sehingga RM1,000 Sebulan

Blog%20telegram


Untuk ibubapa atau penjaga yang mempunyai anak jagaan yang berumur 18 tahun
ke bawah, anda boleh memohon Bantuan Kanak-Kanak 2022 (BKK) sehingga RM1000
sebulan untuk satu keluarga.

BANTUAN KANAK-KANAK (BKK) 2022

Tahukan anda? Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 2022 adalah bantuan daripada
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diberikan khas untuk membantu
keluarga, penjaga dan kanak-kanak untuk meneruskan kelangsungan hidup serta
mendapat jagaan yang sempurna.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Rina
binti Mohd Harun telah mengumumkan kenaikan jumlah bantuan sehingga RM1000
berbanding sebelum ini hanya RM450.

SYARAT KELAYAKAN BKK 2022

1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.
2. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita
Semasa.
3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun (umur 18 tahun ke atas boleh
dipertimbangkan jika bersekolah sehingga menengah atas sahaja).
4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan
Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.

CARA MEMOHON BKK 2022

Cara permohonan adalah seperti berikut:
  • Hadir ke pejabat JKM yang berhampiran dengan membawa borang berkaitan
    dan dokumen sokongan.

Borang berkaitan
  • Borang JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan) –
    Muat Turun
  • Borang JKM 20 (Borang Kaji Semula Bantuan) –
    Muat Turun

Dokumen Sokongan:
  • Kad pengenalan pemohon
  • Salinan kad pengenalan suami/ isteri/ ibu/ bapa/ anak yang tinggal
    bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal
    bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada)
  • Dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan

Jika terdapat sebarang permasalahan dan pertanyaan dalam membuat
permohonan, anda boleh menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat di talian
03-8000 8000 atau anda boleh pergi ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat
di daerah anda.