[TERKINI]: Bantuan Kewangan RM1000 Sebulan Untuk Semua Kanak-Kanak Di Malaysia Bagi Tahun 2021

Banner%2BTelegram

Berita baik buat para ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak jagaan yang
berumur 18 tahun ke bawah kerana kini anda boleh memohon Bantuan Kanak-Kanak
2021 (BKK) sehingga RM1,000 sebulan untuk satu keluarga.

BANTUAN KANAK-KANAK (BKK) TAHUN 2021

Untuk pengetahuan anda, Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 2021 adalah merupakan
sebuah bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diberikan
khas bagi tujuan membantu keluarga, penjaga dan kanak-kanak untuk meneruskan
kelangsungan kehidupan serta memperolehi jagaan yang sempurna.

Untuk makluman, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu
Datuk Seri Rina Binti Mohd Harun telah mengumumkan tentang kenaikan jumlah
bantuan sehingga RM1,000 sebulan berbanding sebelum ini yang hanya
RM450.

Berikut adalah merupakan jumlah bantuan bagi BKK Lama dan BKK Tahun
2021:

Jumlah BKK Lama


● Maksimum bagi seorang anak akan menerima bantuan sebanyak RM100.

● Maksimum sebanyak RM450 jika mempunyai anak lebih daripada 4 orang.


Jumlah BKK Tahun 2021

 Kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 18 tahun akan mendapat RM150 sebulan
seorang.
 Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah akan mendapat RM200 sebulan
seorang
● Maksimum sebanyak RM1,000 sebulan untuk sebuah keluarga.

SYARAT KELAYAKAN BKK TAHUN 2021
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan untuk Bantuan Kanak-Kanak Tahun
2021

1. Merupakan warganegara Malaysia dan bermastautin di negara Malaysia
2.
Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
3.
Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun (umur 18 tahun ke atas boleh
dipertimbangkan jika bersekolah sehingga menengah atas sahaja).
4.
Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan
Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.

____________________________________________________________________

Anda mungkin berminat pada artikel ini

● Permohonan i-Saraan KWSP RM250 Untuk Individu Bekerja Sendiri/ Suri
Rumah

● Semak Dan Mohon Wang Tidak Dituntut (WTD) 2021

____________________________________________________________________

CARA MEMOHON BKK TAHUN 2021

Berikut adalah merupakan cara memohon BKK Tahun 2021:

1. Sila layari
http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_Panduan.jsp
2. Cetak
Borang Permohonan
3. Cetak
Borang Kemaskini
sekiranya terdapat kemaskini baharu.

Jika terdapat sebarang permasalahan dan pertanyaan dalam melakukan
permohonan, anda boleh menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di
talian 03-8000 8000 atau anda boleh pergi ke Pejabat Jabatan Kebajikan
Masyarakat di daerah dan kawasan berhampiran dengan anda.

Sila kongsikan dan sebarkan artikel ini. Semoga ia dapat membantu lebih
ramai orang yang memerlukan bantuan ini.