[TERKINI]: Gaji RM1,000 Tanpa Slip Gaji Pun Boleh Beli Rumah Sendiri Melalui Program SJKP 2021

Spread the love

AVvXsEg0i1BKzBd2aA0lWIpVwBiwae d X6I E1o e9v1n7Uh R06r9XejtqPcO ka9JKD31GaXD Ihur2jCzgBfxPiVjeIoeiUYp1hiy QX6hJ781QrdIqHMsZjPQDTlsBsP4t WfS5SAQYXibfUB b4YNUQVsgXlAbx 2XVeobIaxzXInsN


PERMOHONAN RUMAH SKIM JAMINAN KREDIT PERUMAHAN (SJKP) 2021



Tahukah anda walaupun anda bergaji bersih RM1,000 sebulan, anda kini mampu
untuk membeli rumah sendiri di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan atau
SJKP. Menarik bukan?

Dan apa yang lebih menarik lagi, para pemohon yang tidak mempunyai penyata
pendapatan bulanan seperti bekerja sebagai nelayan, petani, operator kilang,
peniaga kecil, pemandu teksi dan pekerja am masih berpeluang untuk memiliki
rumah pertama berharga RM300,000 ke bawah melalui SJKP ini.

Terkini, pihak Bank Muamalat telah melancarkan skim Smart Mortgage-SJKP
melalui peruntukkan sebanyak RM70 juta kepada 300 pelanggan yang akan
menikmati pembiayaan 100% daripada harga belian.

TENTANG SJKP 2021

logo1

Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP Berhad) adalah merupakan
syarikat milik penuh Menteri Kewangan yang telah diperbadankan pada 6
Disember 2007.

Tujuan penubuhan SJKP Berhad ini adalah untuk mengatasi masalah kesusahan
yang dialami oleh mereka yang tidak berpendapatan tetap seperti petani dan
para peniaga kecil bagi mendapatkan kemudahan kewangan bagi membeli rumah
kediaman mereka.

Untuk makluman, skim ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang
berumur 18 tahun dan keatas. Tempoh pembiayaan perumahan SJKP sama seperti
bank iaitu 35 tahun atau usia peminjam 65 tahun, mana-mana yang
terdahulu.

CARA MEMOHON

Untuk pengetahuan anda, proses pemohonan / pendaftaran skim perumahan SJKP
adalah seperti berikut:
  • Mengenalpasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan
    seperti draf perjanjian jual beli / resit bayaran tempahan.
  • Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan
    (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan
    Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih). Surat
    tersebut hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber
    pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh
    berniaga. Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami
    dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan
    bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF.
  • Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun
    simpanan. Lesen perniagaan, Kad pendaftaran nelayan atau geran tanah
    (untuk aktiviti pertanian) atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual
    beli.
  • Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan
    perumahan dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang
    terdekat yang menyertai skim jaminan ini.
Antara institusi kewangan yang terlibat adalah:
  • Affin Bank
  • Affin Islamic
  • Agro Bank
  • Alliance Bank
  • Alliance Islamic Bank
  • AmBank Group
  • AmIslamic Bank
  • Bank Islam
  • BSN
  • Bank Rakyat
  • Hong Leong Bank
  • Hong Leong Islamic Bank
  • Maybank
  • Maybank Islamic
  • Bank Muamalat
PERINGATAN:
Permohonan mestilah dibuat di mana-mana cawangan institusi-institusi
kewangan yang turut serta dalam skim ini dan bukan secara terus ke pejabat
SJKP Berhad.

SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Berpendapatan tidak tetap seperti para peniaga kecil, petani, pemandu
    teksi, nelayan dll atau berpendapatan tetap (tertakluk kepada RM200.0
    juta yang pertama sahaja). Pinjaman bersama dibenarkan.
  • Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah / sederhana / mampu
    milik dan untuk didiami.
  • Pembelian rumah kediaman baru / di dalam pembinaan atau sedia ada atau
    lelongan.
  • Pendapatan purata kasar minima RM1,000 sebulan.
  • Mesti bermastautin di dalam lingkungan 20KM daripada cawangan institusi
    kewangan tempat permohonan dilakukan.
  • Pembayaran bulanan kesemua pinjaman <65% daripada pendapatan
    kasar.
  • Rekod tunggakan CCRIS < 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini
  • Tiada rekod-rekod negatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini.
Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) hanya sah untuk pembelian rumah kos
rendah dan sederhana, sama ada sedang dibina atau telah siap, rumah sedia
ada daripada penjual atau lelongan.

SJKP tidak menjamin pembiayaan perumahan untuk pembinaan rumah di atas
tanah sendiri.