Terkini: Permohonan Bantuan Sara Hidup RM300 Sebulan

Spread the love


TERKINI: Permohonan Bantuan Elaun Sara Hidup RM300 Sebulan



Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan
bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan
diperingkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan
sasar masing-masing.

Antaranya adalah Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN).

Betikut dikongsikan maklumat lanjut mengenai bantuan ini.

Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN)

ESHN adalah bantuan secara bulanan yang diberikan kepada pemilik individu
vesel perikanan dan pekerja warganegara yang bekerja di atas vesel berlesen.
Ini bertujuan untuk membantu golongan nelayan meringankan bebanan dalam
menghadapi tekanan ekonomi disebabkan peningkatan kos sara hidup.

Kadar Bantuan ESHN

Kadar bantuan ESHN yang diberikan adalah sebanyak RM300 sebulan kepada
penerima yang layak.

Syarat Kelayakan Permohonan

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan:

  • Warganegara Malaysia (Mykad Biru)
  • Mendapat pengesahan daripada Pengerusi JKKK, JPKK, JPKKP, MPKK, JKOA
    atau ketua badan-badan komuniti nelayan kawasan yang ditubuhkan dibawah
    penyeliaan jabatan perikanan Malaysia bagi Semenanjung Malaysia, Jabatan
    Pertanian bagi Sarawak dan Jabatan Perikanan Sabah bagi Sabah.
  • Ketua isi rumah atau salah seorang daripada ahli keluarga yang
    menjalankan aktiviti penangkapan ikan.
  • Nelayan darat tulen.

Definisi Nelayan Darat Tulen.

Berikut merupakan deifinisi nelayan darat tulen:
  • Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan
    terlinat dalam penangkapan ikan di perairan sungai (termasuk tasik,
    bekas lombong, empangan dan lain-lain perairan umum)
  • Menjalankan aktiviti penangkapan ikan tidak kurang daripada 25 hari
    setiap bulan
  • Sekurang-kurangnya 75% jumlah pendapatan adalah daripada penangkapan
    ikan
  • Tiada pekerjaan yang memberikan pendapatan tetap
  • Bebas daripada aktiviti penagihan dadah dan menjalani saringan air
    kencing dari AADK
  • Tidak mempunyai caruman dan akaun KWSP yang aktif
  • Mempunyai lesen perkakas atau vesel menangkap ikan atau berdaftar
    secara pentadbiran dengan jabatan perikanan Malaysia bagi Semenanjung
    Malaysia, Jabatan Pertanian bagi Sarawak dan Jabatan Perikanan Sabah
    bagi Sabah.

Cara Membuat Permohonan

Permohonan boleh dikemukakan kepada Pejabat Perikanan Daerah yang
berhampiran dengan membawa dokumen berkaitan

Dokumen Berkaitan:
  • Salinan MyKad
  • Salinan lesen perkakas atau vesel menangkap ikan yang masih sah
    berkuatkuasa bagi nelayan yang telah memiliki lesen
  • Salinan borang pendaftaran dan pengesan nelayan darat
  • Salinan buku akaun Agrobank atau bank yang bersesuaian sekiranya tiada
    perkhidmatan Agrobank di lokasi tersebut
  • Gambar pemohon
  • Lain-lain dokumen sokongan (jika perlu)

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai ESHN boleh melayari laman web rasmi Jabatan
Perikanan Malaysia

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang
kami perolehi daripada website rasmi kerajaan. Mohon rujuk pautan asal untuk
maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan
berulang.