Tidak Lulus STR : Ketahui Antara 10 Alasan Utama Tidak Lulus STR Disini.

Spread the love

STR, atau Sumbangan Tunai Rahmah, telah menjadi subjek perbincangan hangat dalam kalangan masyarakat. Program ini telah membantu banyak individu dan keluarga dalam meningkatkan taraf kewangan mereka. Bagi memenuhi keperluan masyarakat yang tidak lulus, Tempoh Permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR 2024 yang bermula pada 29 Januari 2024.

Cara Mudah Memohon Semakan Semula (Rayuan) STR 2024

Jika anda tidak berjaya dalam permohonan sebelum ini, jangan risau. Tempoh Permohonan Semakan Semula (Rayuan) 2024 akan bermula pada 29 Januari 2024. Terdapat dua kaedah mudah untuk membuat semakan semula.

Pertama, boleh dilakukan secara dalam talian melalui Portal Rasmi di https://bantuantunai.hasil.gov.my. Kedua, anda juga boleh mengemukakan borang permohonan di Pejabat HASiL berdekatan, Pejabat Satelit (PS), atau Urban Transformation Centre (UTC) HASiL. Rujuk borang disini : Borang Permohonan STR (BK-01)

Article Thumbnail 86 1024x576 1
Tidak Lulus STR : Ketahui Antara 10 Alasan Utama Tidak Lulus STR Disini. 5

Alasan Tidak Lulus STR: Ketahui Alasan Dan Kenal Pasti Dokumen Sokongan

Alasan tidak lulus – Banyak faktor boleh menyebabkan permohonan tidak lulus. Antaranya termasuk maklumat yang tidak sepadan, masalah pengesahan maklumat pasangan, atau melebihi had pendapatan tertentu. Untuk itu, pastikan dokumen sokongan lengkap mengikut alasan tidak lulus yang dinyatakan. Disini disertakan 10 alasan yang dikesan untuk permohonan yang tidak diluluskan. Ketahui alasan dan kenalpasti dokumen yang perlu disertakan.

a. Maklumat Pengenalan Pemohon berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan / Status Kewarganegaraan

b. Maklumat Pengenalan Pasangan perlu pengesahan

c. Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang

d. Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon / Pasangan melebihi RM5,000

e. Pemohon berdaftar sebagai Pengarah Syarikat

f. Semakan rekod agensi mendapati pemilikan kenderaan Pemohon / Pasangan melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40).

g. Pemohon wujud sebagai Pasangan di permohonan lain

h. Pemohon berstatus Kahwin tetapi tiada maklumat Pasangan

i. Status Perkahwinan perlu pengesahan

j. Tarikh Perceraian memerlukan Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh Agensi Kerajaan

k. Semakan rekod agensi mendapati had kemampuan pemohon / pasangan memiliki kediaman melebihi syarat kelayakan

Untuk mengetahui alasan lain tidak lulus permohonan dan surat dokumen sokongan yang diperlukan boleh rujuk disini : Alasan dan dokumen sokongan

Tidak Lulus STR? Galakkan Semakan Semula (Rayuan) STR

Tidak lulus – Adalah penting untuk menyebarkan maklumat ini kepada keluarga, sahabat, dan masyarakat umum. Semua boleh mendapatkan manfaat dari program STR ini, dan penyampaian maklumat secara tepat akan memberi peluang lebih ramai individu untuk meraih manfaat daripadanya. Sentiasa peka dengan maklumat semasa dan jangan lepaskan peluang untuk menebus wang tunai STR anda.

Screenshot 2024 02 01 113459 1024x367 1
Tidak Lulus STR : Ketahui Antara 10 Alasan Utama Tidak Lulus STR Disini. 6

PERINGATAN :
1. PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
2. PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.