KUANTAN – Kerajaan mempercepatkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 4 yang
sepatutnya diagihkan pada Disember depan akan dikreditkan ke dalam akaun bank
penerima secara berperingkat bermula 15 November dan dijangka selesai pada 18
November ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu, keputusan
mempercepatkan pembayaran BKM Fasa 4 tersebut adalah bagi membantu penerima
untuk menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula pada
pertengahan bulan November ini.
mempercepatkan pembayaran BKM Fasa 4 tersebut adalah bagi membantu penerima
untuk menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula pada
pertengahan bulan November ini.
Menurutnya, pembayaran yang bernilai RM2.1 bilion ini akan memanfaatkan
seramai 5.2 juta penerima yang terdiri daripada penerima sedia ada kategori
isi rumah dan warga emas bujang/tiada pasangan.
seramai 5.2 juta penerima yang terdiri daripada penerima sedia ada kategori
isi rumah dan warga emas bujang/tiada pasangan.
“Secara keseluruhannya, RM8 bilion telah diperuntukkan untuk BKM yang
memanfaatkan 8.7 juta penerima bagi tahun 2022.
memanfaatkan 8.7 juta penerima bagi tahun 2022.
“Untuk BKM Fasa 4, setiap penerima bakal menerima sehingga RM900 mengikut
kategori kelayakan masing-masing. Pembayaran ini merupakan bayaran akhir
baki nilai yang sepatutnya diterima pada tahun ini,” katanya dalam kenyataan
pada Khamis.
kategori kelayakan masing-masing. Pembayaran ini merupakan bayaran akhir
baki nilai yang sepatutnya diterima pada tahun ini,” katanya dalam kenyataan
pada Khamis.
Ujar Ismail Sabri, semakan status pembayaran boleh dibuat mulai 15 November
2022 dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk Soalan Lazim
(FAQ) di portal rasmi BKM melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my.
2022 dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk Soalan Lazim
(FAQ) di portal rasmi BKM melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my.
Sumber:
SinarHarian
Syraff is the insightful author behind www.semakankerjaya.com, offering in-depth coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a keen eye for detail and a passion for keeping readers well-informed, Syraff is a trusted source for employment opportunities and local affairs.”