APDM : Login KPM & Kemaskini Aplikasi Pangkalan Data Murid 2023

Blog%20telegram

Tak dapat login sistem APDM? Baca dulu disini. APDM adalah sistem Aplikasi
Pangkalan Data Murid bagi mengisi maklumat kehadiran murid APDM online login
sepanjang tahun persekolah 2023 dan seterusnya. APDM Login KPM ini
disediakan oleh KPM NKRA bagi memudahkan guru-guru di setiap sekolah untuk
merekod dengan mudah.

Semakan Kerjaya akan kongsikan kepada anda ringkasan dan info-info
berkaitan dengan Aplikasi Guru ini.


APDM KPM 2023 Login

Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) adalah aspek penting yang dititik
beratkan dalam pengurusan Hal Ehwal Murid di sekolah seluruh negara tidak
kira sama ada di bandar mahupun luar bandar.

Guru akan merekod kehadiran setiap murid setiap hari persekolahan mengikut
takwim persekolahan setiap tahun.

Dengan kata lain, kaedah rekod ini dapat bantu pihak pengurusan sekolah
dalam membuat sebarang keputusan tepat berkaitan perancangan serta apa jua
strategi dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran sepanjang tahun di
sekolah masing-masing.

Cara Login APDM

Bagaimana cara untuk anda sebagai guru untuk log masuk APDM yang
disediakan oleh kpm ini?. Anda boleh ikuti langakah dibawah jika hendak
kemaskini maklumat

1. Masuk aplikasi APDM guna ID GURU melalui laman rasmi di
https://apdm.moe.gov.my/ , paparan seperti dibawah akan muncul dan logmasuk
seperti biasa.

2. Jika lupa katalaluan boleh klik pada “Lupa Katalaluan” default password
apdm untuk reset semula.

3. Make it simple, dan selesai step kaedah apdm login.

Ada part-part tertentu yang guru kelas tidak boleh akses, hanya admin
sahaja boleh akses antara part padam data murid, tukar pengenalan diri murid
bukan warga perlu maklumkan kepada admin.

Kemaskini APDM

Jika terdapat murid yang telah berpindah keluar atau rekodnya bertindih,
guru kelas boleh memadam atau buang rekod murid tersebut melalui ‘Data
Murid’ seperti lampiran berikut :

Cara Kemaskini Maklumat APDM

Bagi kemaskini kini seperti senarai dibawah berikut boleh rujuk Infografik
di sini.
  • Kemaskini no KP Murid Bukan Warga
  • Kemaskini Maklumat Adik Beradik
  • Ralat Maklumat Murid
  • Kemaskini Maklumat Murid
  • Kemaskini Maklumat Bapa
  • Kemaskini Maklumat Ibu
  • Kemaskini Maklumat Penjaga Utama
  • Kemaskini Maklumat Penjaga Kedua
  • Kemaskini Maklumat Bukan Warganegara
  • Kemaskini Maklumat Warga Tanpa Dokumen

Cara Kemaskini Maklumat Bantuan Murid

Jika berlaku penukaran kelas murid yang disebabkan oleh penyusunan semula
kelas, guru kelas boleh membuat kemaskini/pertukaran kelas murid melalui
‘Data Murid’ seperti lampiran berikut :

KPM-NKRA

Sistem yang cekap ini dibina oleh kementerian pendidikan malaysia (KPM)
menerusi sub pembangunan negara NKRA bagi memastikan kecekapan sistem
pendidikan Malaysia berada pada tahap prestasi tinggi dalam dunia teknologi
masa kini.

eKehadiran

Bagi memudahkan lagi guru-guru untuk membuat keyin data kehadiran murid,
Portal Rasmi ADPM KPM telah membuat satu applikasi android eKehadiran Murid
boleh muat turun di play store masing-masing atau di eKehadiran Murid.

FAQ Pengkalan Data Murid

Bagaimana Admin nak login ke sistem APDM?
Masukkan ID dan kata laluan. Kemudian login di dalam sistem yang telah
disediakan.

Bagaimana nak daftar guru kelas yang baru atau tukar guru kelas sedia
ada?
Admin sekolah perlu daftar dan gunakan menu ‘Pendaftaran Kelas’. Tekan
‘Tambah Kelas’ dan Kemaskini.

Bagaimana cara untuk daftar kelas baru?
Admin sekolah perlu daftar dan gunakan menu ‘Pendaftaran Kelas’. Tekan
‘Tambah Kelas’ dan Kemaskini.

Terlupa kata laluan APDM?
Sila hubungi Admin ADPM sekolah dan minta beliau reset semula kata laluan
guru tersebut.

Jika terdapat sebarang masalah mohon berhubung dengan Pegawai Meja APDM di
negeri masing-masing atau emel kepada [email protected]

Untuk maklumat anda, disebabkan pandemik ini, ibu bapa kini boleh kemaskini
maklumat anak-anak di APDM ibu bapa atau penjaga. Selain itu juga, kerajaan
telah seragamkan sistem ADPM PAJSK untuk kegunaan para guru.