Untuk makluman anda, inisiatif ini merupakan salah satu perkara yang telah diusulkan oleh Ketua Menteri Sarawak, Abang Jo, dalam pembentangan Belanjawan Negeri 2020. Inisiatif Ibu Bersalin (IIB) merupakan inisiatif tambahan kepada Endowment Fund Sarawak (EFS) yang memberikan RM1,000 kepada setiap bayi yang dilahirkan oleh ibu rakyat Sarawak. Ini bermakna seorang bakal ibu yang melahirkan bayi akan menerima kedua-dua insentif tersebut sekiranya mereka memohon.
Untuk setiap permohonan, para ibu bakal menerima insentif sebanyak RM450.00 secara ansuran bagi tempoh 3 bulan selepas bersalin.
CARA MEMOHON INSENTIF IBU BERSALIN
1. PERMOHONAN CARA MANUAL
- ● Muat turun dan lengkapkan Borang Permohonan Insentif Ibu Bersalin (IIB) di laman sesawang. Anda boleh tekan pautan INI untuk muat turun borang atau;
- ● Dapatkan borang secara hardcopy di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian / Pejabat Residen / Pejabat Daerah / Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak, KWKPK
- ● Isi maklumat pemohon, butiran bank, butiran pasangan/penjaga, serta pengesahan pegawai perubatan yang boleh mengesahkan usia kehamilan anda.
- ● Jika anda telah bersalin, biarkan kosong untuk ruangan pengesahan pegawai perubatan dan rujuk urus setia yang bertugas semasa penghantaran borang untuk pengesahan lanjut.
- ● Lampirkan salinan dokumen sokongan seperti dalam senarai semak borang (mukasurat 4). Pastikan salinan tersebut telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan/Ketua Kaum/Ketua Masyarakat
- ● Borang telah lengkap diiisi hendaklah dihantar ke Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak, KWKPK di Bangunan Baitulmakmur, Kuching A.K.A MASJA.
2. PERMOHONAN SECARA ONLINE
- ● Lengkapkan permohonan di pautan ini -> Insentif Ibu Bersalin
- ● Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan
- ● Hantar!
SYARAT KELAYAKAN
Anda layak menerima insentif ini sekiranya anda:
- ● Warganegara Malaysia pemegang MyKad berstatus “K”
- ● Ibu pemegang MyKad berstatus “K”Isteri pemegang MyKad berstatus “K”
- ● Melahirkan bayi di dalam atau di luar Sarawak
- ● Kandungan ibu hendaklah mencapai usia 22 minggu dan ke atas
MAKLUMAT TAMBAHAN
- ● Permohonan ini hanya terbuka kepada ibu yang melahirkan bayi pada tahun 2020
- ● Tempoh permohonan adalah 3 bulan dari tarikh bersalin
- ● Hanya ibu sahaja dibenarkan memohon
- ● Sekiranya butiran permohonan tidak lengkap atau palsu, permohonan akan ditolak oleh KWKPK tanpa memberi sebarang alasan atau notifikasi.
Syraff is the insightful author behind www.semakankerjaya.com, offering in-depth coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a keen eye for detail and a passion for keeping readers well-informed, Syraff is a trusted source for employment opportunities and local affairs.”
Saya memohon online..masih menunggu keputusan…harap ada rezeki anak.
saya dah berkali² buat pemohonan. ..tpi xdpat jugak
Saya memohon online, Masih menunggu keputusan lagi, semoga Ada rezeki untuk anak saya…
Sy sudah di luluskan tetapi hampir sebulan dah belum dapat bayaran lagi