TERKINI : Bantuan Perayaan RM500 KHAS Untuk Penjawat Awam – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam
(CUEPACS) mengalu-alukan sekiranya kerajaan memberikan bantuan perayaan khas kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan, sempena sambutan Aidilfitri pada April nanti.
Presidennya Datuk Dr Adnan Mat berkata bantuan berkenaan yang kelazimannya diberikan setiap tahun, wajar diteruskan sebagai tanda penghargaan kepada semua penjawat awam, sekali gus meringankan beban mereka dalam membuat persiapan menyambut perayaan itu.
“Kita berterima kasih untuk pemberian Bayaran Insentif Awal RM2,000 untuk penjawat awam baru-baru ini, yang sedikit sebanyak memberikan kelegaan kepada anggota perkhidmatan awam bagi membuat perbelanjaan awal sekolah, Ramadan dan mungkin sebahagian untuk raya.
ARTIKEL BERKAITAN:—————————
- Mac 2024: Peluang Kerjaya TNB (Tenaga Nasional Berhad) : Gaji RM1,900 + Elaun RM145.00
- Mac 2024: Jawatan Kosong KBS ~ Minima SPM / Tarikh Tutup April 2024
———————————————————
Bantuan Perayaan RM500 & RM250
“Namun, jika kerajaan rasa ada keperluan untuk sedikit tambahan dalam bentuk bantuan perayaan seperti mana lazim diberikan setiap tahun dan tidak pernah tidak beri, mungkin tradisi sama boleh dikekalkan, kita alu-alukan, tetapi CUEPACS tidaklah mendesak.
“Lazimnya kerajaan bagi bantuan perayaan RM500 untuk penjawat awam dan RM250 untuk pesara, kekalkan yang sama pun sesuatu yang baik,” katanya selepas menghadiri Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Sembilan bersama CUEPACS yang dirasmikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun di Seremban hari ini.
Sementara itu, Adnan berkata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Persaraan dan Pertubuhan Keselamatan Sosial, perlu mencadangkan kepada kerajaan pada 25 Mac ini bentuk kebajikan yang sesuai untuk penjawat awam akan datang.
Beliau berkata ini termasuk cadangan supaya kerajaan meningkatkan skim caruman KWSP untuk majikan dan pekerja pada kadar bersesuaian, atau tidak kurang 26 peratus daripada gaji asas penjawat awam baharu.
“Tiga agensi ini diminta buat cadangan lebih baik daripada skim (pencen) yang ada pada hari ini dan CUEPACS yakin cadangan akan datang, lebih sesuai untuk generasi ketika itu. Kita mahu penambahbaikan, sebab itu prinsip kita ialah mendapat ‘tidak kurang faedahnya’ (daripada skim pencen).
“Ada dalam kalangan orang ramai yang berpendapat KWSP lebih baik, sebab boleh menstruktur kewangan sendiri, urus sendiri dan tahu bagaimana nak urus, jadi tak ada masalah untuk mereka dan kerajaan mungkin boleh tingkatkan bentuk caruman itu,” katanya.
Bantuan Perayaan RM500 – Justeru, beliau berkata penjawat awam akan datang tidak perlu merasa gusar dan yakin bahawa majikan iaitu kerajaan amat prihatin dengan nasib penjawat awam, sekali gus memastikan mereka juga akan mendapat faedah lebih baik.
Sumber : Bernama (Bantuan Perayaan RM500)
Penafian
Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.
Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.