Bantuan Prihatin Nasional | Cara Kemaskini Maklumat Akaun Bank Untuk Bayaran BPN Secara Online | Kemaskini Sekarang


Cara Kemaskini Maklumat Akaun Bank Untuk Bayaran BPN Secara Online.
Perhatian buat pemohon Bantuan Prihatin Nasional yang mempunyai rekod
data percukaian dengan LHDNM serta diluluskan bantuan tersebut tetapi
tidak dikreditkan ke akaun.

Untuk makluman, kini anda boleh buat
pengemaskinian maklumat akaun bank bagi bayaran Bantuan Prihatin
Nasional (BPN)
melalui aplikasi e-kemaskini. Pengemaskinian maklumat akaun bank
tersebut hendaklah dilakukan selewat-lewatnya pada 30 April 2020 bagi
membolehkan bayaran BPN mereka dikreditkan terus ke akaun bank yang
didaftarkan pada bulan Mei 2020.

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pengemaskinian maklumat
akaun bank bagi bayaran Bantuan Prihatin Nasional termasuk memaparkan
aplikasi kemaskini:

CARA KEMASKINI MAKLUMAT AKAUN BANK UNTUK BAYARAN BPN SECARA ONLINE

1. Anda boleh buat kemaskini maklumat akaun bank yang aktif melalui aplikasi e-kemaskini. Pautan e-kemaskini adalah berikut.
https://ez.hasil.gov.my/. 
Cara Kemaskini Maklumat Akaun Bank Untuk Bayaran BPN Secara Online

2. Log masuk ke profil anda menggunakan nombor kad pengenalan anda dan klik hantar.

3. Setelah itu, anda boleh kemaskini maklumat akaun bank anda.


LHDNM menasihati penerima BPN untuk hanya menggunakan saluran rasmi
LHDNM dalam urusan mengemaskini maklumat bank tersebut. Sila ambil
perhatian bahawa LHDNM tidak akan meminta TAC bagi tujuan penyaluran
Bantuan Prihatin Nasional.

Bagi penerima BPN yang tiada rekod percukaian dengan LHDN pula,
bayaran akan dibuat seperti yang telah dimaklumkan dalam Soalan Lazim
(FAQ) BPN. FAQ BPN boleh dicapai di portal rasmi BPN atau melalui pautan pantas berikut.

PAUTAN PANTAS FAQ BPN

 Cara Kemaskini Maklumat Akaun Bank Untuk Bayaran BPN Secara Online

 Cara Kemaskini Maklumat Akaun Bank Untuk Bayaran BPN Secara Online