Bantuan Prihatin Nasional, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) | Tarikh Rasmi Pendaftaran & Permohonan | Kemaskini

Apa Itu Bantuan Prihatin Nasional?

Pelbagai kesan telah wujud akibat penularan COVID-19 dan pengenalan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerajaan. Terutamanya kepada rakyat
yang terjejas dari segi sumber pendapatan. Keadaan situasi semasa dan
kesukaran bergerak menambah lagi beban rakyat.



Sebagai penyelesaian meringankan beban rakyat, kerajaan telah
memperkenalkan Bantuan Prihatin Nasional di dalam Pakej Rangsangan
Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).

Bantuan Prihatin Nasional: Pemberian Tunai Secara “One Off”

Bantuan Prihatin Nasional merupakan bantuan pemberian tunai secara one-off dengan peruntukan hampir RM10 bilion kepada rakyat.


Pemberian tunai Bantuan Prihatin Nasional ini akan disalurkan terus
kepada Kumpulan B40 iaitu golongan berpendapatan kurang dari RM4000
sebulan.





Buat pertama kali juga, Bantuan Prihatin Nasional akan disalurkan kepada Kumpulan M40 (pendapatan RM4000 keatas)


Usaha ini dilihat untuk membantu kesemua lapisan masyarakat yang
umumnya terjejas tanpa mengira jumlah pendapatan bulanan mereka.

Tarikh Rasmi Pendaftaran & Permohonan Bantuan Prihatin Nasional

Berapa Jumlah Bayaran Bantuan Prihatin Nasional?

Jumlah bayaran yang akan dibuat ialah:

  • Pertama: RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah.

    • Bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600 pada bulan Mei 2020.
    •  
  • Kedua: RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000.

    • Akan dibayar pada bulan April 2020 sebanyak RM500 dan baki RM500 pada bulan Mei.
    •  
  • Ketiga: RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah.

    • Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020.
    •  
  • Keempat: RM500 kepada 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000.

    • Bayaran sebanyak RM250 akan dibuat pada bulan April 2020 dan baki RM250 pada bulan Mei.

Berdasarkan senarai Bantuan Prihatin Nasional mengikut kumpulan di
atas, tiada kumpulan masyarakat yang tertinggal dan kesemua mendapat
manfaat.



KENYATAAN MEDIA RASMI KEMENTERIAN KEWANGAN


Di bawah merupakan kenyataan media rasmi Kementerian Kewangan Malaysia mengenai pengumuman Bantuan Prihatin Nasional.

JADI BAGAIMANA MOHON BANTUAN PRIHATIN NASIONAL?


Adakah rakyat yang terlibat perlu isi borang online untuk mendapatkan bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat?


Ini jawapan yang diberikan oleh Menteri Kewangan di dalam temubual
eksklusif wartawan Faris Izzat Shaharudin bersama Menteri Kewangan
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abd Aziz.

Golongan B40
dan M40 yang kita sebutkan di dalam Pakej Prihatin. Kita ada data base mereka.
Jadi kita dapat anggarkan siapa yang dapat. Kita akan transfer duit ke akaun
masing-masing.
Yang mana yang
belum ada dalam data base kita. Kita boleh mendaftar. Di website Kementerian
Kewangan ada list bagaimana seseorang itu boleh mendaftar untuk mendapat
insentif yang disebut dalam Pakej Prihatin ini.

Ini bermakna golongan kumpulan B40 dan M40 yang belum ada dalam database
Kementerian Kewangan sahaja perlu mendaftar untuk mendapatkan insentif
Pakej Prihatin. Anda boleh rujuk temubual eksklusif ini.

PERMOHONAN BARU BANTUAN PRIHATIN NASIONAL

Bagi mereka yang belum berdaftar, permohonan baharu boleh dibuat mulai 1 April 2020 menerusi laman web rasmi LHDNM: www.hasil.gov.my.

KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL


Merujuk kepada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN)
bernilai RM250 bilion yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada
27 Mac 2020, Kementerian Kewangan ingin menjelaskan mengenai
pelaksanaan dan cara mengakses Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang
telah diperuntukkan sebanyak RM10 bilion bagi golongan rakyat yang
layak.


Pembayaran BPN akan dibuat dalam dua fasa iaitu pada akhir bulan April dan Mei 2020, mengikut kelayakan berikut:

Screenshot 2020 03 29 at 5.00.04 PM

INFO LANJUT


Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak
Kementerian atau LHDNM melalui nombor-nombor telefon atau
saluran-saluran berikut.

Screenshot 2020 03 29 at 5.02.59 PM

Untuk maklumat rasmi dan info lanjut pastikan anda terus ke laman Kementerian Kewangan di treasury.gov.my.

12 thoughts on “Bantuan Prihatin Nasional, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) | Tarikh Rasmi Pendaftaran & Permohonan | Kemaskini”

  1. Cara Permohonan belum dapat dipastikan lagi tetapi kami kira anda tidak perlu membuat permohonan kerana kerajaan sudah mempunyai data pelajar daripada Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) bernilai RM100 yang diberikan sebelum ini melalui kad Bank Rakyat.

  2. Sekiranya Tuan/Puan penerima BSH, Tuan/Puan tidak perlu membuat permohonan baru utk BPN. Ia akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank Tuan/Puan. Sekiranya Tuan/Puan tidak mempunyai Akaun bank, kaedah pembayaran adalah secara Tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN)

Comments are closed.