eWallet RM300 : Cara Mohon & Semakan Kelayakan

eWallet RM300 : Cara Mohon & Semakan Kelayakan – Bingkas. Kerajaan negeri sedang meneliti data-data yang terkumpul melibatkan rakyat yang terkesan dengan masalah ekonomi di Malaysia.

Oleh itu, kerajaan negeri telah merangka satu strategori dan skim program yang boleh diberikan bantuan kepada rakyat yang layak untuk dibantu terus bangkit selepas pasca COVID 19.

Salah satunya adalah melalui Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) yang melibatkan pemberian Bantuan eWallet RM300 setiap bulan kepada isi rumah yang layak.

E-Wallet RM300 : Cara
image 6 1
eWallet RM300 : Cara Mohon & Semakan Kelayakan 6

“Program BINGKAS akan diteruskan pada 2023 dengan peruntukan tahunan sebanyak RM108 juta untuk diagihkan kepada 30 ribu keluarga yang layak.” Kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, ketika membentangkan belanjawan selangor 2023.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN eWALLET RM300

Berikut adalah syarat kelayakan bantuan:

  • Warganegara Malaysia
  • Lahir di negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun
  • Pemilih berdaftar di negeri Selangor
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah
  • Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan
E-Wallet RM300 : Cara

Bantuan e-dompet ini boleh digunakan untuk membeli barangan kepelruan di pasaraya berdaftar tanpa wang tunai (cashless). Jumlah e-dompet ini akan ditambah ke paras RM300 setiap bulan secara automatik.

CARA MELAKUKAN PERMOHONAN BANTUAN eWallet RM300

Bagi mereka yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bingkas boleh dikemukakan secara online di sistem pendaftaran BINGKAS.

Pemohon juga perlu melampirkan dokumen sokongan berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan)
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan)
  • Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal)
  • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
  • Pengesahan Penyata pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja)
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja)

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai BINGKAS, boleh rujuk portal rasmi di https://bingkasselangor.com/