Pengeluaran KWSP Bersyarat Serendah RM3,000 Kini Dibenarkan

Pengeluaran KWSP Bersyarat Serendah RM3000 – Lebih 4 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan simpanan KWSP dengan program terbaharu iaitu Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2).

FSA2 membolehkan anda untuk membuat pengeluaran KWSP minimum RM3,000 sehingga maksimum RM50,000.

Pengeluaran KWSP Bersyarat Serendah RM3000

FSA2 adalah bertujuan untuk memboleh ahli membuat permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 tahun atau 55 tahun bagi membantu ahli mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.

Permohonan ini memboleh ahli mengambil kira simpanan yang ada dalam akaun 2 untuk mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan di mana bayaran pengeluaran hanya akan dibuat kepada pihak institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur 50 hingga 55 tahun tertakluk kepada pilihan umur pengeluaran ahli

Pada masa yang sama, ahli perlu membayar ansuran bulanan sepertimana yang ditetapkan oleh institusi perbankan.

FSA2 1024x1024 1 1 2 2
Pengeluaran KWSP Bersyarat Serendah RM3,000 Kini Dibenarkan 6

Baca Juga:

Amaun Kelayakan Pengeluaran Simpanan

Berikut dikongsikan amaun pengeluaran yang boleh dibuat berdasarkan simpanan Akaun 2:

amaun kelayakan pengeluaran KWSP 1024x595 2 3 1 1
Pengeluaran KWSP Bersyarat Serendah RM3,000 Kini Dibenarkan 7

Syarat Pengeluaran Simpanan

Berikut dikongsikan syarat untuk membuat pengeluaran:

  • Terbuka kepada ahli yang belum mencapai umur 55 tahun (tertakluk kepada syarat umur kelayakan yang ditetapkan oleh institusi perbankan yang berkenaan)
  • Warganegara Malaysia
  • Permohonan adalah sekali sahaja
  • Permohonan yang telah lulus tidak boleh dibatalkan
  • Amaun simpanan minimum RM3,000 dalam akaun 2
  • Amaun maksimum bagi pengeluaran bersyarat tidak melebihi RM50,000 dalam akaun 2 (tertakluk kepada amaun pembiayaan peribadi yang diluluskan oleh institusi perbankan)
Syarat Permohonan 1024x1024 1 3 3 1
Pengeluaran KWSP Bersyarat Serendah RM3,000 Kini Dibenarkan 8

Cara Membuat Permohonan Pengeluaran Khas KWSP Bersyarat Serendah RM3000

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui institusi perbankan yang mengambil bahagian. Terdapat 3 langkah utama yang perlu dilakukan oleh ahli:

  • Langkah 1: Membuat semakan awal kelayakan simpanan Akaun 2 melalui portal institusi perbankan yang mengambil bahagian.
  • Langkah 2: Membuat permohonan pembiayaan peribadi melalui portal institusi perbankan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh institusi perbankan.
  • Langkah 3: Mengemukakan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun dengan KWSP melalui portal institusi perbankan, berdasarkan amaun pembiayaan peribadi yang telah diluluskan oleh institusi perbankan berkenaan.

4 Juta Pencarum Akan Mendapat Manfaat Melalui Pengeluaran Simpanan

Kemudahan ini bakal memanfaatkan lebih daripada 4 juta ahli di bawah umur 55 tahun yang layak.

Kadar faedah (konvensional) atau kadar keuntungan (islamik) yang akan dikenakan oleh institusi perbankan dijangka antara 4% hingga 5% setahun

Kadar ini jauh lebih rendah daripada kadar pasaran semasa pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan yang lain.

Pencarum Boleh Membuat Pengeluaran Sehingga RM50,000

Jumlah pembiayaan minimum adalah sebanyak RM3,000 dan maksimum sehingga RM50,000 tertakluk kepada baki simpanan di dalam Akaun 2 KWSP dan terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak bank.

Memandangkan jumlah caruman dalam Akaun 2 hanyalah sokongan, pembiayaan ini tidak bercanggah dengan peruntukan Akta KWSP.

Setakat 31 Januari 2023, seramai 1.89 juta ahli berumur antara 40 tahun hingga bawah 55 tahun atau 38% yang mempunyai simpanan di dalam akaun 1 sebanyak RM10,000 ke bawah.

Oleh sebab itu, penting untuk membina semula tabungan bagi kumpulan ini agar mempunyai simpanan mencukupi untuk hari tua nanti.

Maklumat Lanjut Pengeluaran Khas KWSP Bersyarat Serendah RM3000

Sebarang maklumat lanjut berkaitan FSA2 boleh diperolehi melalui saluran berikut: