KWSP kini mengumumkan Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) akan diteruskan lagi pada tahun ini. Pada akhir bulan Februari yang lalu, pihak
Maybank dan juga CIMB Bank telah pun menawarkan untuk bekerjasama dengan pihak KWSP berkaitan FSA2 ini. Yang mana bank-bank tersebut mempunyai syarat dan kadar yang tersendiri.
Pengenalan KWSP FSA2
Menurut KWSP, FSA2 adalah salah satu cara yang membolehkan pencarum KWSP membuat pengeluaran awal umur 50 sehingga 55 tahun untuk mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbank.
Ataupun dalam erti kata yang mudah, FSA2 adalah satu bentuk pinjaman peribadi yang mempunyai syarat-syarat tertentu dengan kadar.


Objektif Pelaksanaan FSA2
Semua sedia maklum bahawa akaun KWSP diwujudkan adalah sebagai tabung simpanan yang hanya boleh diakses ketika pencarum telah pun bersara. Beberapa kali juga kerajaan telah pun membenarkan pengeluaran dari akaun 2 sepanjang tempoh 3 tahun.
Ini seterusnya mendatangkan kerisauan sekiranya para pencarum telah menggunapakai tabungan yang ada sehingga tidak ada lagi simpanan untuk hari kemudian.
PILIHAN PEMBACA:—————————
- Mac 2024: Jawatan Kosong Jabatan Kerja Raya ~ Ambilan Mac / Gaji RM2,000
- Mac 2024: Jawatan Kosong Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional ~ Minima PMR/PT3 Layak Mohon
———————————————————

Statistik menunjukkan purata simpanan pencarum tidak pun mencapai RM100,000 di dalam akaun 1. Jadi FSA2 diwujudkan bagi pencarum untuk meminjam dengan pihak bank tanpa mengganggu simpanan yang sedia ada.
Para pencarum hendaklah membuat penilaian kesedaran dan kefahaman yang tepat mengenai Fasiliti Sokongan Akaun 2 dengan institusi perbankan sebelum ahli membuat keputusan sama ada perlu meneruskan permohonan pembiayaan peribadi atau sebaliknya.
Selain itu, dalam tempoh pembiayaan tersebut, ahli boleh mendapatkan nasihat kewangan secara terus daripada Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP, AKPK atau perunding kewangan bank, jika perlu

Syarat KWSP FSA2
- Warganegara Malaysia
- Berumur 40 tahun & ke atas tetapi belum mencapai umur 55 tahun
- Permohonan adalah sekali sahaja – Anda tidak boleh mengubah fikiran selepas menghantar jumlah permohonan pengeluaran awal
- Simpanan di dalam Akaun 2 KWSP anda tidak kurang dari RM3,000
- Pengeluaran maksimum adalah RM50,000 tertakluk pada terma dan syarat bank
- Memenuhi terma dan syarat dari pihak bank
Bank Yang Terlibat
Sila klik pada bank di atas untuk membaca terma dan syarat mengikut bank
Cara Semak Baki Akaun 2 KWSP
Ahli yang berdaftar boleh membuat semakan jumlah simpanan Akaun 2 melalui 2 cara iaitu :
- i-Akaun (Ahli) / Aplikasi mudah alih i-Akaun; atau
- Self-Service Terminal (SST) di mana-mana cawangan KWSP.
Anda boleh muat turun aplikasi i-Akaun di sini : Android, Apple


Bagaimana FSA2 Berfungsi?
FSA2 berfungsi seperti pinjaman peribadi. Namun apa yang membezakannya adalah :

- Kadar keuntungan yang diambil oleh bank yang terlibat dengan FSA2 adalah lebih rendah iaitu 4% – 5%.
- Berbandingan jika anda melakukan pembiyaan peribadi secara terus dari bank, kadar keuntungan yang diambil dari pihak bank adalah lebih tinggi iaitu sehingga 8% – 14%.
- Situasi 1 : Pinjaman FSA2
- Andaikan anda meminjam dari bank RM10,000 melalui FSA2, dan pembiayaan selama 10 tahun. Jumlah yang anda perlu bayar sebulan selama 10 tahun adalah RM103.64.
Dengan jumlah pembayaran adalah RM12,436.80. Bank mendapat keuntungan sebanyak RM2,436.80.
- Andaikan anda meminjam dari bank RM10,000 melalui FSA2, dan pembiayaan selama 10 tahun. Jumlah yang anda perlu bayar sebulan selama 10 tahun adalah RM103.64.
- Situasi 2 : Pinjaman peribadi terus melalui bank
- Andaikan anda meminjam terus dari bank RM10,000, dan pembiayaan selama 10 tahun. Jumlah yang anda perlu bayar sebulan selama 10 tahun adalah RM143.47.
Dengan jumlah pembayaran adalah RM17,216.40. Bank mendapat keuntungan sebanyak RM7,216.40.
- Andaikan anda meminjam terus dari bank RM10,000, dan pembiayaan selama 10 tahun. Jumlah yang anda perlu bayar sebulan selama 10 tahun adalah RM143.47.
- Sekiranya anda membuat pengeluaran melalui FSA2 dan pada masa itu anda telah pun berpencen dan mempunyai baki pembayaran, pihak bank hanya akan mengambil baki pinjaman di akaun 2 anda dan tidak akan mengambil lebih dari pada jumlah yang anda berhutang.
- FSA2 adalah untuk pencarum yang betul-betul memerlukan duit tunai dengan kadar segera dan bukannya untuk membiayai perkara-perkara yang bukan keperluan.

Penafian
SemakanKerjaya tidak mewakili mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta. Maklumat yang kami perolehi Ini merupakan maklumat yang kami petik daripada website rasmi kerajaan mahupun berita. Untuk maklumat lanjut & lebih terperinci, sila rujuk pautan asal yang disediakan.
Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Khairi is the insightful author behind www.semakankerjaya.com, offering in-depth coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a keen eye for detail and a passion for keeping readers well-informed, Syraff is a trusted source for employment opportunities and local affairs.”