MyPersonaliti MARA : Ujian Psikometrik Bakal Guru

MyPersonaliti MARA : Ujian Psikometrik Bakal Guru – Bagi anda yang ingin melakukan permohonan biasiswa pendidikan atau ingin bekerja sebagai guru bersama Majlis Amanah Rakyat (MARA) anda perlu menduduki satu ujian psikometrik di laman web MyPersonaliti MARA.

Ujian ini dilaksanakan bagi mendapatkan data-data dari sudut sikap, pengetahuan, kompetensi, kemahiran serta personaliti calon-calon. Melalui cara ini pihak MARA dapat menapis calon-calon yang mempunyai potensi tinggi daripada beribu calon yang lain.

Bagi anda yang berminat untuk mengetahui lebih lagi tentang MyPersonaliti dan contoh ujian psikometrik yang perlu anda hadapi, pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel ini.

MyPersonaliti MARA

MyPersonaliti merupakan satu laman web rasmi yang dihasilkan oleh MARA bagi memudahkan pemohon melakukan ujian psikometrik secara atas talian dalam satu tempoh masa yang telah ditetapkan.

Sebelum ini, segala ujian telah dijalankan secara fizikal, namun disebab penularan wabak Covid-19, ujian kelayakan yang perlu dihadapi calon mula dijalankan secara berperingkat melalui atas talian.

Ujian ini merupakan satu ujian yang perlu diduki oleh calon yang ingin bekerja sebagai guru atau pensyarah (DG41) bersama institusi MARA, seperti di MRSM, IKM dan sebagainya.

Calon yang layak menduduki ujian ini, akan menerima jemputan bagi menduduki penilaian ini melalui mesej atau e-emel. Di emel tersebut akan disertakan sekali nama jawatan yang dimohon, dan tarikh serta waktu ujian bakal dijalankan.

Bagi anda yang berjaya anda boleh mengakses ke laman web MyPersonaliti MARA di pautan berikut:

395842711 7090774547622233 4122365868800013752 n 1024x576 1
MyPersonaliti MARA : Ujian Psikometrik Bakal Guru 4

Format Soalan MyPersonaliti

Menurut individu-individu yang pernah menduduki ujian MyPersonaliti ini, format soalan dan jawapan bagi Ujian Psikometrik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29 /DG41 adalah tidak tetap.

Yang pasti, ujian ini merupakan ujian jenis ‘Aneka Pilihan Jawapan’ di mana Calon berkemungkinan hanya diberi 2 atau 3 pilihan jawapan iaitu Ya atau Tidak, Betul atau Salah, dan Setuju, Tidak Setuju atau Tidak Pasti.

Aneka pilihan jawapan ini juga mungkin melibatkan 4 atau 5 pilihan jawapan bagi melihat keyakinan calon dalam membuat pilihan. Sebagai contoh pilihan jawapan yang diberikan adalah seperti berikut:

  • Sangat kerap, Kerap, Tidak pasti atau Kadang-kadang
  • Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak bersetuju, atau Sangat Tidak Bersetuju.

Waktu ujian ini tidak dapat kami pastikan, tetapi daripada individu yang pernah menduduki peperiksaan ini, mereka menyatakan ia dalam 45 minit bagi satu ujian.

Contoh Soalan MyPersonaliti MARA

Berikut adalah contoh soalan yang perlu anda jalani sewaktu ujian MyPersonaliti nanti:

  1. Saya kurang gemar mencampuri urusan kawan-kawan.
    • setuju
    • tidak setuju
    • tidak pasti
  2. Saya tidak suka meminta pinjam wang daripada rakan-rakan.
    • setuju
    • tidak setuju
    • tidak pasti
  3. Biarpun membincangkan sesuatu hal yang cukup mustahak, saya masih boleh berjenaka.
    • Ya
    • Tidak
  4. Saya lebih suka hadiah berbentuk wang, daripada setakat ucapan semasa menyambut harijadi.
    • Ya
    • Tidak
  5. Pepatah ‘Patah tumbuh, hilang berganti’ sudah tidak releven pada masa ini.
    • Sangat tidak setuju
    • Agak tidak setuju
    • Tidak pasti
    • Agak setuju
    • Sangat setuju
  6. Saya berasa geram apabila dipaksa oleh pensyarah untuk menyiapakan tugasan.
    • Tidak pasti
    • Kadang-kadang
    • Tidak pernah
  7. Saya memang gemar aktiviti luar dan lasak.
    • Sangat kerap
    • Kerap
    • Tidak pasti
    • Kadang-kadang
    • Tidak pernah
  8. Saya sedaya-upaya buktikan pilihan yang saya buat adalah betul dan tepat pada sepanjang masa.
    • Sangat kerap
    • Kerap
    • Tidak pasti
    • Kadang-kadang
    • Tidak pernah
  9. Menunggu nombor giliran sampai ketika berurusan di kaunter bank adalah leceh.
    • Sangat tidak setuju
    • Agak tidak setuju
    • Tidak setuju mahu pun setuju
    • Agak setuju
    • Sangat setuju
  10. Ketika kecil, saya lebih suka bermain bersama sahabat-handai berbanding adik-beradik.
    • Sangat setuju
    • Setuju
    • Tidak pasti
    • Tidak setuju
    • Sangat tdak setuju

Pеnаfіаn

Kаmі bukаnlаh wаkіl mаnа-mаnа аgеnѕі kеrаjааn. Inі mеruраkаn mаklumаt уаng kаmі реrоlеhі dаrіраdа wеbѕіtе rаѕmі kеrаjааn. Mоhоn rujuk раutаn аѕаl untuk mаklumаt lаnjut уаng lеbіh lеngkар.

Mаklumаt уаng kаmі ѕаmраіkаn bеrdаѕаrkаn іnfо ѕеmаѕа аtаu bаntuаn tаhunаn bеrulаng.

Infо lаnjut аkаn dіkеmаѕkіnі dаrі ѕеmаѕа kе ѕеmаѕа. Kаmі ѕаrаnkаn аndа untuk mеngіkutі kаmі dі Chаnnеl Tеlеgrаm untuk lеbіh іnfо bеrkаіtаn bаntuаn kеrаjааn dаn kеrjауа.