Berita baik untuk rakyat Malaysia yang berumur sekurang-kurangnya 21 tahun, anda kini boleh memohon untuk memiliki kediaman Projek Rumah 1Malaysia (PR1MA) jika anda menepati kriteria kelayakan yang telah ditetapkan
Permohonan boleh dilakukan secara dalam talian (online) melalui pautan yang telha disediakan dibawah dan untuk makluman tambahan, pihak PR1MA tidak mengenakan sebarang yuran pendaftaran
Selain itu, PR1MA juga menegaskan bahawa pihak mereka tidak melantik mana-mana ejen atau pihak ketiga dalam menawarkan perkhidmatan untuk mengisi borang atau menyediakan peruntukan khas untuk rumah PR1MA
Untuk makluman penting, pendaftaran PR1MA tidak pernah menetapkan sebarang tarikh tutup untuk anda melakukan pendaftaran (tertakluk kepada pengumuman terkini PR1MA).
PENDAFTARAN PERMOHONAN RUMAH PR1MA TERKINI SECARA ONLINE
Kerajaan dalam setiap pembentangan Bajet (Belanjawan Malaysia) berusaha sedaya-upaya untuk meningkatkan pemilikan rumah dengan menyediakan peruntukan dari segi jumlah pembinaan rumah dan SKIM Pembiayaan melalui program yang diperkenalkan kepada golongan sasar.
TENTANG PRIMA
Sebagai info, Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) telah diwujudkan di bawah Akta PR1MA 2012 untuk merancang, membangun, membina dan menyediakan perumahan berkualiti tinggi dengan berkonsepkan gaya hidup serba moden untuk penduduk bandar berpendapatan sederhana.
Kediaman PR1MA yang terletak di dalam kawasan berkomuniti mempunyai pelbagai jenis dan saiz.
Dengan harga antara RM100,000 hingga RM400,000, anda kini mampu memiliki kediaman di lokasi-lokasi yang strategik di seluruh negara.
Kediaman PR1MA ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 hingga RM15,000.
SYARAT DAN KRITERIA ASAS PERMOHONAN RUMAH PRIMA
● Warganegara Malaysia
● Bujang atau berkahwin serta berumur 21 tahun dan ke atas
● Individu atau keluarga (suami isteri) dengan pendapatan isi rumah purata bulanan tidak melebihi RM15,000
● Pemohon atau pasangannya tidak memiliki lebih daripada satu hartanah
● Mengikut garis panduan tambahan yang ditetapkan oleh PR1MA
PERMOHONAN PR1MA SECARA ONLINE
Berikut kami sediakan tatcara unutk memohon menjadi pemilik kediaman PR1MA, dinasihatkan untuk membaca dahulu dan sila ikuti langkah-langkah permohonan di laman web rasmi PR1MA, klik pada judul pautan berikut:
Garis Panduan Cara Permohonan PR1MA
Sekiranya anda menepati syarat dan kelayakan asas yang telah ditetapkan oleh PR1MA, anda boleh terus mendaftar akaun PR1MA, klik pada judul pautan berikut
Tujuan mendaftar akaun PR1MA adalah untuk mendapatkan ID Pengguna dan kata laluan untuk akaun PR1MA anda.
Setelah selesai mendaftar, anda boleh mengakses sistem borang permohonan online untuk mengisi dan melengkapkan serta memuat naik dokumen yang diperlukan
Sila log masuk sistem dengan menggunakan ID Pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan di pautan berikut
SENARAI NEGERI / WILAYAH KEDIAMAN PR1MA
KEPUTUSAN PERMOHONAN RUMAH PRIMA
Keputusan cabutan undian akan diumumkan oleh pihak PR1MA di Portal Rasmi PR1MA.
Pemohon yang bertuah akan dihubungi melalui e-mel & SMS mengenai keputusan PR1MA.
Setelah selesai proses pengesahan, pemohon yang berjaya akan dihubungi melalui surat rasmi dan e-mel untuk pemilihan unit kediaman anda.
Anda bakal bergelar pemilik kediaman PR1MA!
MAKLUMAN PENTING!
● Tertakluk pada garis panduan tambahan mengikut negeri
● Kediaman PR1MA akan diperuntukkan melalui proses pengundian terbuka
● Pemilihan unit rumah oleh pemilik yang terpilih akan mengikut turutan cabutan undian
● Moratorium selama 5 tahun akan dikenakan yang mana rumah PR1MA tidak boleh dijual atau dipindah milik kepada pihak lain
● Rumah PR1MA wajib didiami pemilik
MAKLUMAT LANJUT
Bagi mendapatkan sebarang maklumat yang terkini dan pertanyaan yang lebih lanjut, sila layari akaun Facebook rasmi PR1MA dengan klik pada judul pautan dibawah
Pemohon disarankan mendapatkan maklumat lengkap menerusi menu-menu yang tersediakan di laman web rasmi PR1MA
Asyraff is the insightful author behind www.semakankerjaya.com, offering in-depth coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a keen eye for detail and a passion for keeping readers well-informed, Syraff is a trusted source for employment opportunities and local affairs.”
care2 mohon