Permohonan Dan Semakan Status Bantuan Ibu Tunggal (BKIT) RM300 Secara Dalam Talian

Spread the love

Permohonan Dan Semakan Status Bantuan Ibu Tunggal (BKIT) RM300 Secara Dalam
Talian. 


Anda mesti tertanya-tanya bilakah tarikh sebenar bayaran BKIT bukan? Disini
kami sajikan panduan untuk anda yang tergolong didalam golongan ibu tunggal
yang ingin melakukan permohonan Bantuan Ibu Tunggal RM300. 

Untuk pengetahuan anda, kerajaan Malaysia telah mengumumkan satu bantuan iaitu Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) kepada ibu
tunggal yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Bagi
anda yang berkelayakan boleh membuat pendaftaran secara dalam talian
(online) menerusi laman web rasmi Jabatan Pembangunan Wanita.

Bantuan Khas Ibu Tunggal adalah berdasarkan pangkalan data Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga
Negara (LPPKN) dan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW). Ibu tunggal yang
bukan penerima bantuan JKM boleh mengemukakan permohonan
selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2020 melalui Pejabat Pembangunan
Wanita, JKM Negeri dan menerusi portal JPW.

PERMOHONAN DAN SEMAKAN STATUS BANTUAN IBU TUNGGAL (BKIT)


Berikut dikongsikan adalah maklumat mengenai Bantuan Khas Ibu Tunggal
(BKIT) termasuk mengingatkan semula syarat kelayakan, jumlah bantuan
dan cara pendaftaran serta semakan status permohonan:

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN IBU TUNGGAL
  • Penerima merupakan warganegara Malaysia yang menetap di
    Malaysia.
  • Wanita yang menjadi Ketua Isi Rumah seperti tafsiran (Definisi
    Ibu Tunggal).
  • Pendapatan Isi Rumah adalah di bawah Pendapatan Garis
    Kemiskinan (PGK semasa) RM960 atau perkapita RM244.


CARA DAFTAR BANTUAN IBU TUNGGAL

Pendaftaran bantuan ibu tunggal ini boleh dibuat secara online
menerusi laman web
https://www.jpw.gov.my/permohonan-bantuan-ibu-tunggal/

SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL

1. Bagi anda yang sudah membuat permohonan boleh semak
status menerusi laman web rasmi
http://bkit.jpw.gov.my/semakan pemohon.

2. Masukkan nombor kad pengenalan dan klik pada butang
‘Cari’.

3. Keputusan akan dipaparkan sama ada LULUS atau
GAGAL.

KAEDAH BAYARAN BANTUAN IBU TUNGGAL


Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon yang layak. Akaun
bank mestilah aktif. Bayaran adalah mulai Julai sehingga November
2020.

Sebarang keterangan lanjut, sila hubungi :

Jabatan
Pembangunan Wanita,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat,
Aras 23-25, No. 55,
Persiaran Perdana, Presint
4,
62100 Putrajaya, Malaysia

No. Tel : 03 – 8323
1000
No. Faks : 03 – 8323 2034
Email : [email protected]
Web
: www.jpw.gov.my

Penafian : Laman web semakankerjaya tiada sebarang kaitan dengan
pihak JPW. Laman ini hanya berkongsi atau menyampaikan informasi am
kepada umum. Sebarang kehilangan data / maklumat tidak
dipertanggungjawabkan oleh laman semakankerjaya.
Sumber: myinformasi.net