Seperti mana yang kita tahu, STR 2024 Fasa 1 telah mula diagihkan sebelum ini. Terdapat beberapa kaedah dalam pengagihan STR salah satunya adalah Tuntutan Tunai.
Perkongsian kali ini ingin mengingatkan semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bahawa tuntutan tunai di Bank Simpanan Nasional akan berakhir tidak lama lagi. Baca artikel ini sehingga selesai.
Kadar STR 2024 Fasa 1
Kadar bayaran STR 2024 adalah bergantung kepada kelayakan bayaran pada fasa permohonan yang telah diluluskan. Pendapatan RM2500 ke bawah dengan jumlah tanggungan anak 1-5 akan mendapat kadar bermula RM1000 sehingga RM2500. Warga emas tiada pasangan dengan pendapatan di bawah RM5000 akan menerima RM600. Bagi kategori bujang dengan pendapatan di bawah RM2500 akan mendapat RM350.
Pilihan Pembaca:
- Datuk Seri Najib Razak Bebas Dan Terima Pengampunan?
- Jawatan Kosong JKR Ambilan Februari 2024 : Elaun RM2000 Diberikan
- Jawatan Kosong PETRONAS Ambilan Februari 2024~ Gaji RM1,500 – RM5,930 & Elaun Menarik Ditawarkan
Kaedah Pengagihan STR 2024
Pembayaran STR boleh dilakukan melalui dua kaedah utama:
a. Kredit ke Akaun Bank
Bagi mereka yang mempunyai akaun bank, Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima atau pasangan. Dengan itu, mereka tidak perlu lagi untuk berkunjung ke BSN untuk menerima bayaran.
b. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
Pembayaran secara tunai akan dilaksanakan di kaunter BSN, terutamanya untuk mereka yang tidak mempunyai maklumat akaun bank atau mengalami masalah pengkreditan.
Tarikh Akhir Tuntutan & Kaedah Tuntutan Tunai
Tarikh akhir untuk tuntutan dan tebus tunai di BSN adalah pada 31 Januari 2024. Pelanggan yang ingin membuat tuntutan tunai perlu mengunjungi cawangan BSN dengan membawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan.
Kaedah Tuntutan Tunai & Status Kelayakan
Pengguna boleh menyemak status kelayakan melalui laman sesawang bantuantunai.hasil.gov.my atau menghubungi Hotline BTR Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di talian 1800-88-2747. Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan mewakili penerima bagi tujuan penunaian STR.
Jumlah Bantuan STR 2024
Kadar bayaran STR 2024 adalah bergantung kepada kelayakan bayaran pada fasa permohonan yang telah diluluskan. Pendapatan RM2500 ke bawah dengan jumlah tanggungan anak 1-5 akan mendapat kadar bermula RM1000 sehingga RM2500. Warga emas tiada pasangan dengan pendapatan di bawah RM5000 akan menerima RM600. Bagi kategori bujang dengan pendapatan di bawah RM2500 akan mendapat RM350.
Penerima STR diminta agar membuat tuntutan dan tebusan secepat mungkin sebelum tarikh akhir untuk memastikan proses berjalan dengan lancar. Untuk maklumat lanjut, layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
Syraff is the insightful author behind www.semakankerjaya.com, offering in-depth coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a keen eye for detail and a passion for keeping readers well-informed, Syraff is a trusted source for employment opportunities and local affairs.”