STR Bujang – Para belia bujang yang berusia 21 tahun ke atas dan memenuhi kriteria kelayakan akan menerima insentif ini.
Setakat ini, pembayaran untuk fasa 1 dan fasa 2 telah diterima. Pembayaran untuk fasa 3 dan fasa 4 akan menyusul.
Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.
Kadar Bantuan Bujang STR
Bujang (Pendapatan durang daripada RM2,500)
- RM350
Warga Emas Bujang
- RM600
Fasa Bayaran STR Bujang RM350
Untuk makluman umum, pembayaran bagi fasa berikutnya dalam skema Sumbangan Tunai Rahmah dijadwalkan pada bulan Ogos 2024. Segala informasi mengenai tarikh pembayaran akan dikemaskini dari masa ke semasa di laman web rasmi untuk rujukan umum.
Berikut adalah jadual lengkap pembayaran bantuan tunai STR untuk tahun 2024:
- Fasa 1: Pembayaran bermula 29 Januari 2024
- Fasa 2: Pembayaran bermula 3 April 2024
- Fasa 3: Pembayaran dijadualkan bermula pada bulan Ogos 2024
- Fasa 4: Pembayaran dijadualkan bermula pada bulan November 2024
Nota: Setiap kali pembayaran fasa STR, jumlah bantuan akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank setiap penerima. Bagi mereka yang tidak memiliki akaun bank, tuntutan secara tunai boleh dibuat di kaunter Bank Simpanan Nasional yang berdekatan.
Cara Semakan Status dan Kelayakan STR Bujang RM350
Layari Portal Rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik Log Masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik SEMAKAN PERMOHONAN
Penerima yang layak akan menerima status seperti berikut dalam MySTR masing-masing dengan jumlah bayaran turut tertera.
Syarat Layak STR Bujang RM350
Pemohon yang bujang berhak menerima STR jika mereka memenuhi kriteria berikut:
Pemohon bujang layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Nota: Individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi tidak layak memohon sebagai individu bujang tetapi boleh dimasukkan dalam maklumat tanggungan pada permohonan bilik isi rumah.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi Pejabat LHDNM atau rujuk sumber berikut:
Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Sila klik Soalan Lazim (FAQ) Permohonan STR 2024
Jadual Perkhidmatan Kaunter BKK HASIL
Asyraff is the insightful author behind www.semakankerjaya.com, offering in-depth coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a keen eye for detail and a passion for keeping readers well-informed, Syraff is a trusted source for employment opportunities and local affairs.”