Kerajaan Malaysia telah menyatakan bahawa pengkreditan bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR Fasa 2) akan berlangsung mulai April 2024.
Pada tahun ini sahaja, lebih dari 8.2 juta individu yang layak telah berdaftar untuk menerima manfaat daripada bantuan Sumbangan Tunai Rahmah.
Namun, angka ini dijangka akan naik hampir kepada 9 juta untuk tahun ini dengan mengambil kira proses permohonan baharu dan kemas kini yang telahpun dibuka untuk tempoh sepanjang tahun, berbanding setahun sekali sebelum ini.
Berikut, SemakanKerjaya kongsikan beberapa butiran lanjut mengenai bayaran STR Fasa 2 untuk pengetahuan anda semua.
Pilihan Pembaca:
- Borang Permohonan Rumah PPR 2024 & Syarat Kelayakan.
- Semakan Bantuan Tambahan RM500 KWSP 2024 ‘One-Off’ Bantuan Exclusive .
Sumbangan Tunai Rahmah (STR Fasa 2)
Kerajaan Malaysia sebelum ini telahpun berjaya melaksanakan skim bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
Namun, pada 16 Januari 2023 yang lalu, Kerajaan Malaysia yang diterajui oleh kepimpinan yang baharu telahpun mengumumkan penjenamaan semula bantuan ini yang kini dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) .
Kerajaan menyalurkan sumbangan tunai kepada golongan B40 menerusi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berjumlah sehingga RM3,100.
STR Fasa 2 akan membantu meringankan beban kos sara hidup 8.7 juta penerima dengan peruntukan disediakan hampir RM8 bilion.
Tarikh Bayaran STR Fasa 2
Tarikh bayaran STR Fasa 2 adalah mulai bulan April 2024 (Tarikh sebenar akan dikemaskini setelah diumumkan secara rasmi oleh pihak Kementerian Kewangan Malaysia).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 diagihkan kepada penerima sebelum sambutan Aidilfitri tahun ini, iaitu pada awal bulan April – dua minggu sebelum Hari Raya Aidilfitri.
Bagi fasa seterusnya, kerajaan melakukan beberapa pembaharuan bagi Belanjawan 2024 dengan memberi bayaran tambahan kepada kategori Miskin Tegar dan juga sumbangan bakul makanan serta baucar untuk barangan makanan asas.
Terkini, LHDN turut memaklumkan bahawa Penerima Bayaran Fasa 2 adalah merujuk kepada penerima Fasa 1 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari.
Ini bermaksud, permohonan baharu dan kemaskini STR yang bukan penerima Fasa 1 dan Fasa 2, bayaran akan dilakukan pada Fasa 3 kepada penerima STR yang layak.
Jumlah Bayaran STR Fasa 2
Kadar bayaran STR Fasa 2 adalah seperti yang telah ditetapkan bagi tahun 2024 seperti yang berikut:
Kadar tambahan STR diperkasa melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan pembelian tanpa tunai kepada semua penerima STR 2024 seperti berikut:
Kaedah Pembayaran STR Fasa 2
- Kaedah pembayaran STR adalah seperti berikut:
- Kredit ke Akaun Bank
- Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
- Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
- Tiada maklumat akaun bank
- Status pengkreditan gagal kredit
Cara Semakan STR Fasa 2
Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah:
- Klik lok masuk MySTR
- Masukkan nombor Mykad pemohon
- Pengesahan kata kunci keselamatan
- Maklumat yang akan dipaparkan :
- Nama pemohon
- No Mykad pemohon
- Status permohonan
- Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
- Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
- Masukkan kata laluan
Berikut disertakan contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan.
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :
- Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM
Asyraff is the insightful author behind www.semakankerjaya.com, offering in-depth coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a keen eye for detail and a passion for keeping readers well-informed, Syraff is a trusted source for employment opportunities and local affairs.”