Rumah PPR 2024 atau lebih dikenali sebagai Program Perumahan Rakyat adalah sebuah program untuk penempatan semula setinggan.
PPR juga turut memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan yang tidak berkemampuan ataupun berpendapatan rendah atau berada didalam kelompok B40.
Jabatan Perumahan Negara dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah sebuah agensi pelaksana utama bagi projek-projek PPR di seluruh Malaysia.
Semua rumah dibawah program PPR akan menggunakan spesifikasi perancangan dan rekabentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan dalam Standard Perumahan Kebangsaan bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS2)
Berikut dikongsikan maklumat terperinci dan cara untuk membuat permohonan.
Pilihan Pembaca:
- Semakan Bantuan Tambahan RM500 KWSP 2024 ‘One-Off’ Bantuan Exclusive .
- eMadani RM100 : Claim Sebelum 29 Februari Ini. Bantuan Exclusive 2024 !
- Bantuan Barang Dapur 2024 : Bayaran & Check Status Kelayakan. Bantuan Exclusive !
Rumah PPR 2024
Untuk pengetahuan anda, terdapat dua kategori dalam Program Rumah PPR 2024:
PPR Disewa
- Bayaran RM124 sebulan
PPR Dimiliki
- RM35,000 seunit (Semenanjung Malaysia)
- RM42,000 seunit (Sabah dan Sarawak)
Ciri-ciri Rumah PPR 2024
Berikut adalah rekabentuk dan ciri-ciri Rumah PPR 2024:
- Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 6 hingga 18 tingkat
- Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
- Keluasan: 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
- Kemudahan Asas:
- Dewan Komuniti / Ruang Orang Ramai
- Surau / Ruang Solat
- Gerai Makan / Ruang Niaga
- Tadika
- Kemudahan OKU
- Taman Permainan / Kawasan Lapang
- Rumah Sampah
Kelayakan Memohon Rumah PPR 2024
Berikut merupakan syarat kelayakan untuk membuat permohonan Rumah PPR 2024:
- Pemohon dan pasangan mestilah Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
- Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah
- Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri
Cara Mohon Rumah PPR 2024
Proses permohonan dan pengisian dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri/Lembaga Perumahan Negeri/Pihak Berkuasa Tempatan yang berkaitan.
Pemohon-pemohon boleh mendapatkan maklumat secara manual dengan menghubungi Bahagian Perancangan & Pembangunan Projek Rumah PPR 2024 setiap negeri di laman web KPKT.
Bagi permohonan secara online, pemohon boleh memohon Rumah PPR melalui Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) pada portal TEDUH di https://teduh.kpkt.gov.my
Cara Daftar Melalui Portal TEDUH
1. Daftar Portal Teduh
- Layari Portal TEDUH https://teduh.kpkt.gov.my/
- Pemohon perlu mendaftar akaun sebelum log masuk ke SPRN
- Lengkapkan butiran diri untuk proses pendaftaran.
2. Aktifkan Akaun & Log Masuk
- Setelah berjaya mendaftar, semak e-mel dan klik pautan yang diberi untuk pengaktifan akaun.
- Klik pada ‘Log Masuk Pemohon’ menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah ditetapkan tadi.
3. Pilih Skim
- Sila baca syarat dan kelayakan pemohon untuk setiap skim sebelum membuat permohonan.
- Terdapat maklumat senarai projek yang dibuka untuk permohonan pada bahagian kanan pilihan skim.
- Ini bagi memudahkan pemohon mengenalpasti projek yang dibuka untuk permohonan.
- Seterusnya, klik butang ‘Pilih Skim’ sama ada ingin memohon PPR Disewa atau PPR Dimiliki.
Nota:
Anda juga boleh memohon Program Rumah Transit secara online melalui Portal TEDUH.
Program Rumah Transit bertujuan untuk memberi kemudahan perumahan secara sementara kepada pasangan muda yang telah berkahwin dan berumur antara 18 hingga 30 tahun.
Program ini bertumpu di bandar-bandar besar untuk mengurangkan beban pasangan muda yang berpendapatan rendah / berkelayakan.
Rumah ini disewakan dengan kadar sebanyak RM250.00 sebulan bagi tempoh sewaan permulaan selama dua (2) tahun.
Penyewa akan diberikan notis enam (6) bulan sebelum tamat tempoh kontrak bagi tujuan pengosongan rumah.
4. Masukkan Maklumat Pemohon
- Masukkan Maklumat pemohon, Maklumat Pendapatan, Maklumat Pasangan, dan Maklumat Tanggungan yang diperlukan seperti di paparan.
- Setelah lengkap, klik butang ‘Simpan’.
5. Pilih Projek
- Klik pautan ‘Projek’ untuk memohon projek.’
- Klik ikon projek yang dipapar atau menggunakan carian projek menggunakan nama projek dan negeri.
- Klik butang “Mohon Unit Ini” untuk memohon unit PPR di dalam projek tersebut.
- Klik butang “Ya” untuk meneruskan proses dan butang “Tidak” untuk membatalkan proses pengesahan.
6. Muatnaik Dokumen Sokongan
- Muatnaik Dokumen Sokongan seperti yang dipaparkan mengikut keperluan.
- Muat naik dokumen di dalam format hanya PDF dan saiz dokumen tidak melebihi 3MB.
7. Pengesahan & Hantar
- Tandakan pengesahan maklumat permohonan dan klik butang “Sah & Hantar Permohonan” untuk menghantar permohonan.
- *Rujuk manual penuh oleh SPRN di SINI.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai permohonan Rumah PPR, anda boleh menghubungi nombor yang tertera di bawah:
Skim PPR
- 03-8891 4052 (Selangor, Melaka, Johor, Negeri Sembilan)
- 03-8891 4278 (Kuala Lumput, Sabah, Sarawak)
- 03-8891 4028 (Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Terengganu)
Teknikal / Masalah Sistem
- Telefon: 03-8891 4475
- Emel: [email protected]
Bahagian Pemantauan Perumahan Swasta
- Telefon: 03-8891 4200
Asyraff is the insightful author behind www.semakankerjaya.com, offering in-depth coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a keen eye for detail and a passion for keeping readers well-informed, Syraff is a trusted source for employment opportunities and local affairs.”