STR Fasa 3: Tarikh Bayaran & Jumlah Yang Diterima


Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat
susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas. Selaras dengan itu,
Kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada
insitiatif-initiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani
cabaran kos sara hidup.



Maka dengan itu, bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan
telah dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan kan terus
di tambah baik.

Jumlah Pembayaran Sumbangan Tunai Rakyat (STR) 2023

Berikut adalah jumlah pembayaran bagi STR 2023:

1BF9DB1F 6B23 4BED B672 6F77E1DBEE8A


STR Fasa 3: Tarikh & Jumlah Bayaran

Untuk pengetahuan umum, baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan pembayaran
STR fasa 2 secara kredit terus dan tebus tunai di cawangan BSN.

Manakala, tarikh bayaran STR Fasa 3 akan bermula pada
JULAI 2023.

Jumlah Bayaran STR Fasa 3

Berikut adalah jumlah bayaran STR Fasa 3 mengikut setiap kategori:

Isi Rumah Tiada Had Umur

Pendapatan < RM2,500
  • Tiada Anak: RM300
  • 1 – 2 Anak: RM400
  • 3 – 4 Anak: RM600
  • > 5 Anak: RM800

Pendapatan RM2,501 – RM5,000
  • Tiada Anak: 0
  • 1 – 2 Anak: RM150
  • 3 – 4 Anak: RM200
  • > 5 Anak: RM250

Bujang

  • Warga Emas Sebatang Kara > 60 Tahun: RM200
  • Bujang 21 – 59 Tahun: RM150
  • Bujang OKU 19 – 59 Tahun: RM150

Sumbangan Tunai Rahmah 2023

Dalam pembentangan Belanjawan 2023, Perdana Menteri telah mengumumkan
bahawa isi rumah pendapatan kurang RM2,500 layak menerima sumbangan sehingga
RM2,500 bergantung kepada bilangan anak

Kerajaan juga akan memberi sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah
penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih

Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga barangan
makanan asas bernilai RM600

Ini bermakna keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak menerima sumbangan
sehingga maksimum RM3,100

Proses Pembayaran

Proses pembayaran STR akan mula dikreditkan pada:

Ada Akaun – Pengkreditan ke akaun secara berperingkat
Tiada Akauan – Penuanian di cawangan BSN

Semakan Status Pembayaran

Semakan status pembayaran boleh dibuat menerusi laman web STR di
https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Cara Membuat Permohonan & Kemaskini

Setakat ini pihak LHDNM tidak mengeluarkan sebarang pernyataan berkenaan
permohonan yang tidak lulus dan begitu juga dengan pengemaskinian akaun.
Namun begitu, kemungkinan permohonan baru atau rayuan serta kemaskini akaun
akan dibuka sejurus selepas pembayaran Fasa 1 selesai.

Sama-sama kita nantikan dan kami akan memberi info dari semasa ke
semasa.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai pembayaran STR, sila layari laman web
https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang
kami perolehi daripada website rasmi kerajaan. Mohon rujuk pautan asal untuk
maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan
berulang.