Tarikh Bayaran STR Fasa 4 (7 November 2023)

Tarikh bayaran STR Fasa 4 telahpun dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Satu berita yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia.

Manakala permohonan baharu bagi STR 2024 sudahpun dibuka pada 1 November 2023 yang lau. Mereka yang ingin mengemaskini permohonan ataupun melakukan permohonan baharu boleh melakukannya melalui MySTR.

Ikuti Kami di Telegram: https://t.me/infobantuanMy

Untuk pengetahuan, kategori isi rumah merupakan golongan yang banyak menerima manfaat menjelang tahun hadapan.

Baca Juga:

Tarikh Bayaran STR Fasa 4

Bantuan STR Fasa 4 akan mula diagihkan kepada penerima yang layak pada:

  • 7 November 2023 – 9 November 2023

Cara Pembayaran STR Fasa 4

Bantuan berupa wang akan dikreditkan terus kedalam akaun penerima.

Manakala, pembayaran secara tunai akan disalurkan melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.

STR 2024

Kerajaan telahpun memperuntukkan bajet sebanyak RM10 Billion berbanding RM8 Billion untuk menjayakan skim STR 2024 akan datang. Terdapat peningkatan sebanyak RM2 Billion.

Mereka yang dikategorikan didalam Isi Rumah Miskin dan Miskin Tegar yang terdapat didalam pangkalan data eKasih akan menerima manfaat bantuan sebanyak RM3,700 setahun berbanding RM3,100 untuk bantuan yang telah lepas. Bayaran ini akan diagihkan bermula Januari 2024.

STR 2024 Kadar Baharu Sumbangan Tunai Rahmah 1
Tarikh Bayaran STR Fasa 4 (7 November 2023) 4

Perincian yang lebih tepat mengenai kategori isi rumah dan bilangan anak akan dibuat oleh Kementerian Kewangan.

Bantuan STR 2024

Untuk pengetahuan, dalam STR 2024 yang akan datang, jumlah bantuan untuk golongan belia telah ditingkatkan daripada RM350 kepada RM500.

Bantuan kali pertama untuk isi rumah pula dinaikkan daripada RM300 kepada RM500.

Tarikh Bayaran STR 2024

Bantuan akan dikreditkan kedalam akaun penerima yang layak pada:

  • Februari 2024

Permohonan Baharu STR 2024

Permohonan baharu untuk STR 2024 telahpun dibuka pada 1 November 2023 yang lalu dan akan dibuka untuk sepanjang tahun.

Mereka yang dikategorikan perlu untuk melakukan proses permohonan baharu ialah:

  • Mereka yang tiada rekod didalam sistem STR;
  • Berpendapatan isi rumah RM5,000 ke bawah;
  • Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak.

Cara Mohon STR 2024

Dibawah merupakan panduan ringkas untuk memohon:

Pеnаfіаn

Kаmі bukаnlаh wаkіl mаnа-mаnа аgеnѕі kеrаjааn. Inі mеruраkаn mаklumаt уаng kаmі реrоlеhі dаrіраdа wеbѕіtе rаѕmі kеrаjааn. Mоhоn rujuk раutаn аѕаl untuk mаklumаt lаnjut уаng lеbіh lеngkар.

Mаklumаt уаng kаmі ѕаmраіkаn bеrdаѕаrkаn іnfо ѕеmаѕа аtаu bаntuаn tаhunаn bеrulаng.