eBantuan JKM | Cara Permohonan & Cara Membuat Semakan Status Bantuan JKM - eSemakan

Breaking

Join Telegram Rasmi Kami

Daftar Email Untuk Dapatkan Update Info Jawatan Kosong Terkini.

Monday, April 27, 2020

eBantuan JKM | Cara Permohonan & Cara Membuat Semakan Status Bantuan JKM

Tahukah anda bahawa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan pelbagai jenis bantuan dan sokongan kepada golongan yang memerlukan untuk rakyat Malaysia. Adakah anda telah membuat permohonan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada tahun 2020?

Kini semua pemohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat boleh membuat semakan status bantuan JKM secara online. Untuk makluman anda, semakan status Bantuan JKM 2020 boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi Portal eBantuan JKM.

Berikut merupakan perkongsian maklumat tentang cara permohonan dan cara membuat semakan status bantuan JKM termasuk tarikh pembayaran dan cara kemaskini Bantuan JKM secara online dan manual.

 
Cara Permohonan Bantuan JKM 2020

Berikut dikongsikan Cara Permohonan eBantuan JKM secara online dan manual: 

A. Permohonan eBantuan JKM Secara Online
 

1. Pemohon boleh layari laman web rasmi eBantuan JKM secara online menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/

2. Pilih "Negeri" dan masukkan No Kad Pengenalan yang disahkan. Klik pada butang "Daftar".

3. Pastikan isikan maklumat borang permohonan dengan lengkap dan betul.
 

B. Permohonan eBantuan JKM Secara Manual

 
1. Pemohon boleh mengisi borang permohonan JKM 18 secara manual dengan hadirkan diri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah.

2. Pastikan isikan maklumat borang permohonan JKM 18 dengan lengkap dan betul.
 

3. Sila sertakan beberapa dokumen sokongan yang disahkan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah.

Berikut merupakan dokumen-dokumen penting yang perlu dibawa:
  • Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon
  • Salinan MyKad/ Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU (Sekiranya tergolong dalam kategori OKU)
  • Salinan penyata pendapatan/ surat akaun pendapatan (sekiranya bekerja sendiri)
  • Salah satu Bil Utiliti (air/elektrik/telefon/astro)
  • Laporan pegawai perubatan dari hospital/ klinik kesihatan kerajaan/ swasta (untuk kes OKU tidak bekerja/ terlantar/ kronik/alat tiruan)
Anda juga boleh memuat turun Borang Bantuan JKM 2020 di pautan yang berikut.

BORANG PERMOHONAN JKM 2020

Semakan Status Permohonan Bantuan JKM 2020 Online 

1. Semakan status permohonan boleh dibuat secara online menerusi laman sesawang http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp.

2. Klik pada butang ''Semakan Status Permohonan Atas Talian".

3. Masukkan No. Kad Pengenalan yang disahkan dan klik pada butang "Semak".



Borang Kemaskini Maklumat JKM 20

 KLIK 👉 http://www.jkm.gov.my/jkm/

 

Senarai Jenis Bantuan Kebajikan Masyarakat 

Berikut dikongsikan Senarai Jenis Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat:


1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK);
2. Elaun Pekerja Cacat (EPC);
3. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB);
4. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT);
5. Bantuan Orang Tua (BOT);
6. Bantuan Am Persekutuan (BA);
7. Bantuan Geran Pelancaran (GP);
8. Bantuan Anak Pelihara (BAP);
9. Bantuan Latihan Perantis (BLP);
10. Tabung Bantuan Segera (TBS)
11. Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT)


Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Bantuan JKM, sila hubungi di:
Jabatan Kebajikan Masyarakat,
Aras 6, 9-18,
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya
No. Telefon : 03-8000 8000
 

Semoga perkongsian Semakan Status eBantuan JKM 2020 Online ini dijadikan rujukan buat anda semua! Semoga anda berjaya mendapat Bantuan JKM!

No comments:

Post a Comment