Terkini : Bantuan Khas Aidilfitri 2024

Kerajaan mengumumkan bantuan khas Aidilfitri berjumlah RM500 kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah, termasuk lantikan kontrak.

Menurut Menteri Kewangan, bantuan kewangan RM250 pula buat pesara berpencen dan tidak berpencen.

Pemberian bantuan khas itu susulan maklum balas penjawat awam di ketika kunjungannya ke beberapa negeri baru-baru ini.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bantuan ini.

Banner Telegram 1 1 1
Terkini : Bantuan Khas Aidilfitri 2024 4

Bantuan Khas Aidilfitri 2024

Bantuan Khas Kewangan Aidil Fitri Penjawat Awam adalah bantuan hari Raya bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menyampaikan perkhidmatan.

Pengumuman pemberian bantuan ini adalah salah satu langkah keprihatinan Kerajaan dalam membantu mereka membuat perancangan awal dan persiapan bagi menyambut Hari Raya.

Tarikh Bayaran Bantuan Khas Aidilfitri

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2024 akan dibayar kepada penjawat awam yang layak pada bulan April 2024.

Menurut Perdana Menteri, pihak Perbendaharaan telah dimaklumkan supaya bantuan khas disalurkan mulai Jumaat ini, (5 April 2024).

Pilihan Pembaca:—————————

———————————————————

Pada 23 Feb lalu, penjawat awam gred 56 dan ke bawah, termasuk lantikan kontrak, menerima bayaran insentif awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000.

Dalam perkembangan lain, beliau mengumumkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 akan mula disalurkan Rabu ini3 April 2024.

Jumlah Bayaran Bantuan Khas Aidilfitri 2024

 Bantuan khas kewangan Aidil Fitri membabitkan:

  • RM500 untuk semua Penjawat Awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.
  • RM250 untuk pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk :

Penafian

SemakanKerjaya tidak mewakili mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta. Maklumat yang kami perolehi Ini merupakan maklumat yang kami petik daripada website rasmi kerajaan mahupun berita. Untuk maklumat lanjut & lebih terperinci, sila rujuk pautan asal yang disediakan.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.