i-Lestari | Semakan Status Pengeluaran & Pendaftaran Online - eSemakan

Breaking

Join Telegram Rasmi Kami

Daftar Email Untuk Dapatkan Update Info Jawatan Kosong Terkini.

Wednesday, April 15, 2020

i-Lestari | Semakan Status Pengeluaran & Pendaftaran Online




SEMAKAN i-LESTARI 

KWSP telah memperkenalkan pendaftaran dan pengeluaran i-Lestari online bagi memudahkan ahli KWSP untuk membuat pengeluaran Akaun 2 KWSP sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan ini.

Pemohon kini boleh membuat permohonan secara online sahaja untuk membuat pendaftaran dan pengeluaran i-Lestari.

Pemohon juga boleh mendaftar permohonan baru atau menyemak permohonan sekiranya pemohon telah mendaftar secara pos atau email sebelum ini. Pemohon boleh membuat pendaftaran melalui pautan rasmi i-Lestari berikut.

PAUTAN RASMI i-LESTARI

Seperti yang sudah dimaklumkan, ahli KWSP boleh membuat permohonan pengeluaran i-Lestari daripada Akaun 2 sejak 1 April 2020 melalui i-Akaun (Ahli).

Pengeluaran kini boleh dibuat secara online tanpa perlu mengisi borang i-Lestari secara manual untuk membuat pengeluaran.

TARIKH PEMBAYARAN PERTAMA i-LESTARI

Untuk makluman bayaran pengeluaran pada bulan pertama akan dikreditkan ke akaun pemohon pada 4 Mei 2020. 

Berikut merupakan contoh permohonan i-Lestari yang telah diluluskan.





PENGELUARAN i-LESTARI

Seperti yang sudah sedia maklum, pengeluaran i-Lestari adalah daripada Akaun 2 sahaja. Bagi pemohon yang sudah telah membuat permohonan, bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang untuk bulan-bulan yang berikutnya.

Kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah dikira bermula daripada tarikh penerimaan permohonan pengeluran yang diluluskan oleh KWSP hingga tamat tempoh kuatkuasa pengeluran i-Lestari iaitu pada tarikh 31 Mac 2021.


CARA MEMBUAT PENDAFTARAN AKAUN i-LESTARI ONLINE 

1. Layari https://ilestari.kwsp.gov.my/
2. Pilih PERMOHONAN BARU
3. Isikan Nama Penuh, No. MyKad, No. Telefon Bimbit, Alamat Emel, Alamat & Poskod
4. Pilih jumlah Amaun Dimohon Sebulan (RM)
5. Pilih Bank dan masukkan Nombor Akaun Bank (Simpanan/Semasa) Aktif
6. Tanda pada kotak pengesahan pengakuan pemohon
7. Baca dan fahami Perakuan Pemohon dan tekat butang SETUJU.
8. Pastikan semua maklumat yang diisi adalah BETUL dan TEPAT sebelum menekan butang HANTAR.
9. Permohonan pengeluaran anda telah berjaya dihantar.



CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS PERMOHONAN i-LESTARI ONLINE

Selepas 2 hari pendaftaran anda berjaya, maka pemohon boleh membuat semakan status permohonan pendaftaran di laman rasmi. Berikut adalah pautan laman rasmi i-Lestari.

LAMAN RASMI i-LESTARI

Berikut merupakan langkah-langkah untuk membuat semakan pendaftaran i-Lestari online.

1. Sila ke laman rasmi https://ilestari.kwsp.gov.my/
2. Pilih semak permohonan
3. Masuk Nombor IC, No telefon bimbit dan tekan semak
4. Status permohonan akan dipaparkan sama ada diterima atau sebaliknya.




No comments:

Post a Comment