Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 Akan Diagihkan Sebelum Raya Aidiladha – PM

Spread the love

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 Akan Diagihkan Sebelum Raya Aidiladha
– PM


KUALA LUMPUR : Lebih 8 juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 akan
mendapat bayaran, sebelum Hari Raya Aidiladha.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bayaran itu melibatkan
peruntukan melebihi RM2 bilion.

“Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 yang melebihi RM2 bilion dan bilangan
penerima lapan juta itu akan disalurkan sebelum Hari Raya Haji,
Insya-Allah.

“Dan juga e-Belia sebanyak RM200 melibatkan mereka yang berumur 18 hingga
21 tahun akan disalurkan sebelum sebelum minggu ketiga bulan ini,” katanya
semasa sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Baca Juga:

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Datuk Seri Noraini Ahmad
(BN-Parit Sulong) yang bertanyakan pembaharuan yang dibuat oleh kerajaan
dalam pendekatan serta tatakelola undang-undang atau peraturan untuk
mengekang ketirisan dan kebocoran wang awam selain adakah kerajaan akan
meneruskan pelaporan perbelanjaan dan pemantauan Belanjawan Negara.

JUMLAH BAYARAN STR FASA 3

Berikut adalah jumlah pembayaran bagi STR Fasa 3:

STR 1%20(1)

STR 2%20(1)

STR 3%20(1)

STR 4%20(1)

STR 5%20(1)

TARIKH BAYARAN STR FASA 3

Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 akan dikreditkan ke dalam
akaun penerima sebelum menjelang Hari Raya Aidiladha merujuk kepada
pengumuman Perdana Menteri di Parlimen hari ini.

Berikut adalah jadual Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 mengikut
hari bekerja bagi bulan Jun 2023

Jadual STR Fasa 3

Maklumat tambahan :
  • Pembayaran STR fasa 3 akan dibayar secara berperingkat mulai Julai
    2023.
  • Seperti sebelum ini, bayaran bantuan ini akan dikreditkan terus ke
    dalam akaun penerima yang layak.
  • Manakala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status mereka
    tidak aktif, pembayaran STR boleh dibuat melalui cawangan Bank Simpanan
    Nasional (BSN) berhampiran.

SEMAKAN STATUS STR


KATEGORI KELAYAKAN STR

Kategori yang layak bagi STR buat setakat ini adalah isi rumah, warga emas
tiada pasangan dan bujang.

Penerima STR Fasa 1 ini adalah daripada data BKM 2022. Oleh sebab itu,
sekiranya anda bukan penerima sebelum ini dan ingin membuat permohonan baru,
dijangkakan permohonan baru bakal dibuka pada masa akan datang.

Kategori Penerima jpg%20(1)

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan
(percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan
untuk mencuba semula selepas 24 jam.

Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau
talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.Atau anda boleh layari Portal
Rasmi :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/