Semakan Status STR Fasa 3: Penerima BSN Kini Dalam Proses Pengkreditan
Penerima bantuan STR Fasa 3 yang menggunakan platform institusi Bank Simpanan Nasional (BSN) akan menerima bayaran lebih awal dan diikuti dengan institusi perbankan yang lain.
LHDN telah memaklumkan bahawa penerima bayaran Fasa 3 adalah merujuk kepada penerima Fasa 1 dan 2 yang telah disemak silang dengan data pemohon.
Ini bermaksud, permohonan baharu dan kemaskini STR yang bukan penerima Fasa 1 dan 2, bayaran akan dilakukan pada Fasa 3 kepada penerima yang layak
Kategori & Amaun Bayaran Fasa 3
Berikut dikongsikan jumlah bayaran STR Fasa 3
Pendapatan Isi Rumah RM2,500 dan Ke Bawah:
- Tiada Anak RM300
- 1 – 2 Anak RM400
- 3 – 4 Anak RM600
- > 5 Anak RM800
Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
- Tiada Anak RM0
- 1 – 2 Anak RM150
- 3 – 4 Anak RM200
- > 5 Anak RM250
Warga Emas Sebatang Kara ( 60 Tahun Ke Atas) RM200
Bujang 21 – 59 Tahun RM150
Bujang OKU (19 – 59 Tahun) RM150
Tarikh & Bayaran STR Fasa 3
Seperti sedia maklum, pembayaran STR Fasa 3 akan diawalkan kepada bulan JUN iaitu sebelum Hari Raya Haji. (STR Fasa 3 Tarikh Bayaran)
Berikut adalah jadual Tarikh Pembayaran Fasa 3 mengikut hari bekerja bagi bulan Jun 2023 (RASMI)
- Minggu 2 12 – 16 Jun 2023
- Minggu 3 19 – 23 Jun 2023
- Minggu 4 26 – 28 Jun 2023
JADUAL BAYARAN STR FASA 3 MENGIKUT BANK
Pembayaran STR Fasa 3 akan dibayar secara berperingkat pada JUN 2023
Seperti sebelum ini, bayaran bantuan akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima yang layak
Makala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status mereka tidak aktif, pembayaran STR akan dibuat secara penebusan tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran
Semakan Status Fasa 3
Semakan Status boleh dibuat di portal rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Kategori Penerima Fasa 3
Kategori yang layak untuk STR adalah isi rumah, warga emas tiada pasangan dan bujang.
Penerima STR Fasa 3 ini adalah daripada data BKM 2022. Oleh sebab itu, sekiranya anda bukan penerima STR sebelum ini dan telah membuat permohonan, anda akan dapat bayaran pada Fasa 3 nanti.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Semakan status STR fasa 3 boleh layari laman web STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/ atau boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian hotline BKK LHDNM di 1-800-88-2747
Soalan Lazim
Siapakah yang layak menerima STR?
Permohon layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:
Isi Rumah
- Kahwin: atau
- Ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang mempunyai anak yang menepati syarat dan
- pendapatan isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah
Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau ibu baoa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- had umur adalh 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah
Bujang
- Bujang atau ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- had umur adalah 21 -59 tahun; dan
- pendapatan bujang adalah RM2,500 dan ke bawah
Nota: Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
Bagaimanakah kaedah bayaran STR dilaksanakan?
Kaedah pembayaran adalah seperti berikut:
- Akaun Bank – Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan secara berperingkat
- Tunai di Kaunter BSN – pembayaran dilakukan secara tunai sekiranya tiada maklumat akaun bank & status pengkreditan gagal kredit
Siapakah yang layak terima kadar tambahan RM600 STR?
Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar.
Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:
Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan
Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan
Bagaimanakan kaedah penyaluran sumbangan kadar tambahan STR RM600?
Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan pengkreditan melalui akaun bank.
Cara membuat semakan status STR fasa 3?
Semakan Status STR fasa 3 boleh dibuat di laman web STR

Khairi is the insightful author behind www.semakankerjaya.com, offering in-depth coverage of job vacancies and pressing current issues in Malaysia. With a keen eye for detail and a passion for keeping readers well-informed, Syraff is a trusted source for employment opportunities and local affairs.”