Bantuan Tambahan RM200 Mula Dikreditkan Hari Ini

Spread the love

Blog%20telegram

Bantuan Tambahan RM200. Dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik
termasuk golongan B40, pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai
bantuan.


Perkhidmatan bantuan kewangan yang disediakan di bawah Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM) untuk kumpulan sasar bagi meneruskan kelangsungan hidup
dengan sempurna.

Ramai tak tahu bahawa selain daripada bantuan JKM untuk warga emas, OKU,
kanak-kanak dan miskin tegar sebenarnya pihak JKM juga ada menyediakan
Bantuan Latihan Perantis (BLP).

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui maklumat lanjut Bantuan Latihan
Perantis (BLP) dan cara memohon.

BANTUAN LATIHAN PERANTIS (BLP) JKM 2023

Tujuan Bantuan Latihan Perantis oleh JKM adalah:
  • Untuk membantu klien Jabatan atau anak-anak penerima bantuan yang
    tercicir daripada persekolahan dan menganggur.
  • Serta bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan untuk
    mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja.

KADAR BANTUAN TUNAI

Kadar bayaran yang disediakan kepada individu yang layak adalah
sebanyak:
  • RM200 Sebulan Seorang

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN TAMBAHAN RM200

Permohonan adalah dibuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan
seperti berikut:
  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia.
  • Anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih/bekas penghuni dari
    institusi kebajikan atau;
  • Kes-kes seliaan akhlak atau;
  • Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat atau;
  • Mana-mana yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan
    KPKM.

NOTA: Kelulusan adalah berdasarkan tempoh latihan dan maksimum 24
bulan.

Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama
(Concurrent List) antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri, yang
termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah
senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

CARA MEMOHON BANTUAN TAMBAHAN RM200


Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat
Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian
(means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini
bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada
kelayakan dan bukan hak.

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen
sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan /
Bahagian seperti berikut:
  • Salinan kad pengenalan diri pemohon
  • Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal
    bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal
    bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada) dan
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Klik di bawah ini untuk mendapatkan dan muat turun borang permohonan
Bantuan Latihan Perantis (BLP) JKM 2023:

Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman web rasmi
www.jkm.gov.my