MySalam: Bantuan Kewangan Sehingga RM700 Untuk Kelompok B40

Spread the love

tele


BANTUAN KEWANGAN RM700 BAGI GOLONGAN B40



MySalam merupakan skim bantuan untuk perlindungan kesihatan secara percuma.
Bantuan ini disediakan oleh kerajaan agar dapat memberikan manfaat
perlindungan takaful bagi mereka yang layak untuk menerima skim Perlindungan
Masyarakat mySalam menerusi Tabung Amanah mySalam.

Skim mySalam ini bertujuan untuk membantu kepada golongan miskin yang
memerlukan bantuan tetapi mengalami masalah kewangan terhadap
penyakit-penyakit kritikal yang dialami.

KELAYAKAN UNTUK MEMOHON

  • Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
  • Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan
    kurang daripada RM24,000 setahun;
  • Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang
    daripada RM24,000 setahun.

PANDUAN UNTUK MENUNTUT MYSALAM

Tahukah anda? Kepada anda yang berada dalam tempoh kuarantin, anda juga
boleh membuat tuntutan skim mySalam ini.

MANFAAT PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP (BSH)

Penyakit kritikal RM8,000 + hospitalisasi RM50 untuk maksimum 14
hari.
Kepada anda yang ingin memohon, sila rujuk cara seperti di bawah:

  1. Layari
    www.mysalam.com.my
  2. Masukan kad pengenalan tanpa (-)
  3. Klik pada butang semak
  4. Scroll bawah sampai jumpa “LAYAK” atau “TIDAK LAYAK”
  5. PANDUAN MEMBUAT TUNTUTAN SECARA ATAS TALIAN
  6. Log masuk ke portal
    https://www.mysalam.com.my/b40/public/
  7. Kepada yang belum mendaftar mySalam sila daftar dahulu.klik LOG MASUK
    KALI PERTAMA dan ikut step yg di arahkan.
  8. kalau suda daftar dia minta pengesahan no telefon.Jikalau no telefon
    sudah tidak boleh digunakan , sila kol talian bantuan. Dorg akan bantu
    reset pasword. Lepas reset password log masuk TETAPKAN PASSWORD
    BARU
  9. KEMASKINI PROFILE.
  10. KEMASKINI PROFILE baru la kamu klik TUNTUTAN –> ️PENYERAHAN
    TUNTUTAN –> TUNTUTAN HOSPITALISASI –> MASUKKAN TARIKH MULA
    KUARANTIN DAN TAMAT KUARANTIN –> ️PILIH NON PANEL UNTUK(NAMA
    HOSPITAL) –> MUAT NAIK COPY IC –> ️MUAT NAIK BORANG ANNEX
    14&17( contoh borang anex 14 dan 17 ada dalam gambar)
  11. HANTAR
  12. Selepas hantar, tunggu keputusan.

PANDUAN KEDUA

Anda boleh pergi ke mana-mana kiosk mySalam
Bawa salinan IC dan borang
Annex 14&17. Jika anda berada di LABUAN, kiosk mySalam di hospital
Nukleusb

MAKLUMAT LANJUT

Kepada yang berada di tempat lain, anda boleh menghubungi nombor tel
mySalam seperti di bawah

Telefon : 1-300-88-8938
Email : [email protected]

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua pembaca dan jangan lupa
untuk kongsikan artikel ini ke semua media sosial anda.

3 thoughts on “MySalam: Bantuan Kewangan Sehingga RM700 Untuk Kelompok B40”

  1. Daftar udah,cuma tunggu bayaran kena kuarantin COVID 19 bulan 6saya kena kuarantin sampai sekarang tak dapat bayaran pun bila kita cek dlm my Salam dalam proses

Comments are closed.