Panduan Nasional: Pengeluaran Khas KWSP ~ Lakukan Janji Temu Online Sebelum Anda Berurusan di Kaunter KWSP. Fahami Panduan Yang Telah Disediakan

Spread the love

AVvXsEj2X9SylyoYNPSz3RjF7Vh5J10NJrpHSE2Z2z6FcJvIBjpBQ0m Q25QK dxJKHXWlRC7lFhrV93F4wEz0AosPqN4DdgV0gc9ucewXOo5iMu7fnVMl f8j4wrhcTXdC4Zc0iImHHeier51hbJOJLLxWYy1HF nCfpeSms7f4T 9aW khg3Xfar vpYoh=s16000

Baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan tentang pengeluaran khas KWSP
RM10,000 buat kali yang terakhir.


Kepada ahli yang berminat untuk mengeluarkan wang KWSP mereka, mereka
perlulah untuk melakukan perancangan yang baik dalam usaha memudahkan proses
pengeluaran.

Hal ini termasuklah dalam membuat temu janji di kaunter KWSP di setiap
lokasi masing-masing.

Sehingga hari ini, masih ramai ahli KWSP yang tidak tahu cara yang betul
untuk membuat temu janji di kaunter KWSP.

Untuk makluman, jika anda mempunyai sebarang urusan yang penting di kaunter
KWSP, anda boleh membuat temu janji secara atas talian atau secara “walk in”
terus ke kaunter KWSP yang berdekatan dengan lokasi anda.


Kepada ahli yang terus “walk in” atau membuat temu janji secara atas talian
semestinya dibenarkan berurusan di bahagian kaunter.

Di sini kami akan kongsikan kepada anda cara untuk membuat temu janji di
kaunter KWSP dengan mudah dan betul.

Sebab utama kenapa anda perlu membuat temu janji online sebelum melakukan
sebarang urusan di kaunter KWSP adalah kerana untuk memudahkan dan
melancarkan urusan.

Ditambah pula dengan penularan Covid-19, dengan cara ini akan dapat
mengelak kesesakan dimana orang ramai menyerbu kaunter KWSP bagi tujuan
berurusan pada satu satu masa.

Dengan cara ini, urusan di kaunter KWSP akan lebih mudah dan teratur dari
segi urusan

BAGAIMANA CARA UNTUK MEMBUAT TEMUJANJI ONLINE KAUNTER KWSP?

  • Layari portal laman web rasmi KWSP
    https://www.kwsp.gov.my/home.
  • Kemudian pergi ke bahagian atas ‘Hubungi Kami’ dan tekan ‘Janji Temu
    Online’.
  • Atau anda boleh tekan sahaja pautan ini
    https://www.kwsp.gov.my/ms/janjitemu

    untuk terus ke bahagian janji temu online
  • Kemudian pilih ‘Negeri’ dan ‘cawangan’ kawasan daerah anda.
  • Seterusnya pilih jenis berurusan di kaunter KWSP untuk urusan apa.
    Contohnya anda ingin berurusan ‘pengeluaran i-sinar’.
  • Pilih tarikh berurusan. Hanya tarikh yang berwarna hitam sahaja yang
    mempunyai kekosongan janji temu.
  • Kemudian, pilih slot jam berapa anda hendak berurusan.
  • Isi maklumat peribadi.
  • Pastikan semua kotak ditandakan.
  • Baca dan fahami perakuan pemohon.
  • Tekan buat janji temu.
  • Status permohonan akan dipaparkan
  • Anda akan menerima notis pengesahan permohonan melalui e-mail dan sms
    sebagai peringatan.
  • Semua ahli KWSP boleh membuat temu janji online seawal 30 hari
    kalender. Ahli juga boleh membuat janji temu online selewat-lewatnya
    satu jam sebelum masa temu janji.

Ia tertakluk kepada kekosongan slot temu janji pada waktu dan tarikh yang
dimohon.

MAKLUMAT TERKINI TENTANG PENGELUARAN KHAS KWSP RM10,000

pengeluaran%20kwsp%201%20(1)pengeluaran%20kwsp%202%20(1)


APAKAH WAKTU OPERASI KAUNTER KWSP?


KAUNTER
JAM8:30 PAGI SEHINGGA 4:30 PETANG
PADA HARI BEKERJA SAHAJA

KHIDMAT NASIHAT PERASAAN (RAS)
JAM9:00 PAGI SEHINGGA 4:00 PETANG

PADA HARI BEKERJA SAHAJA

MAKLUMAT TAMBAHAN

Anda mestilah membuat temu janji selewatnya satu jam sebelum berurusan di
kaunter KWSP

Anda boleh membuat permohonan untuk temu janji seawal 30 hari sebelum
melakukan urusan atau selewat-lewatnya satu jam sebelum temu janji.

Akan tetapi, anda juga perlu tahu bahawa janji temu ini bergantung kepada
slot kekosongan pada waktu dan tarikh yang anda mohon

MAKLUMAT LANJUT

Sila hubungi KWSP untuk sebarang pertanyaan:
TELEFON: 03-8922 6000
FAKS: 03-8922 6222